Majlis Ke
Lima Belas
Nabi saw dan
Kaum Wanita (2)
Nabi saw
mendorong para suami dalam memberikan nafkah terhadap isteri-isteri mereka.
Nabi saw bersabda:
إِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً
تَبْتَغِي بِهَا وَجْهَ اللهِ إِلَّا أُجِرْتَ عَلَيْهَا، حَتَّى مَا تَجْعَلُهُ
فِي فِيّ امْرَأَتِكَ” [متفقٌ عليْهِ].
“Sesungguhnya engkau tidak memberikan nafkah yang engkau
mengharapkan redha Allah dengannya, melainkan engkau diberikan pahala
atasnya, sehingga apapun yang engkau berikan di perut isterimu.”
(Muttafaqun
‘alaih).
Bahkan
Nabi saw menjadikan nafkah terhadap keluarga merupakan nafkah paling utama yang
dikeluarkan seseorang. Nabi saw bersabda:
أَفْضَلُ دِيْنَارٍ: دِيْنَارٌ
يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ عَلَى عِيَالِهِ
“Dinar (wang) yang paling utama adalah: dinar yang dibelanjakan
seseorang untuk keluarganya.”
(HR.
Muslim).
Dan Nabi
saw bersabda:
إِنًّ الرَّجُلَ إِذَا سَقَى
امْرَأَتَهُ مِنَ الْمَاءِ أُجِرَ
“Sesungguhnya apabila seseorang memberi minuman berupa air
kepada isterinya nescaya ia diberi pahala.”
(HR.
Ahmad dan dihasankan oleh Syaikh al-Albani).
Dan
sungguh al-’Irbadh bin Sariyah mendengar hadits ini, maka ia segera mencari
air, kemudian datang kepada isterinya dan memberinya minum, dan ia menceritakan
kepadanya dengan hadits yang telah didengarnya dari Rasulullah saw.
Seperti
inilah Rasulullah saw mengajarkan kepada para sahabatnya tentang berbuat baik
kepada wanita (isteri), cinta dan kasih sayang kepada mereka, menyampaikan
berbagai macam kebaikan dan memberikan nafkah kepada mereka dengan baik.
Dan Nabi
saw menyatakan bahawa baik dalam mempergauli wanita/isteri adalah bukti
kecerdasan seorang lelaki dan kemuliaan sifatnya. Nabi saw bersabda:
خِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ
لِنِسَائِهِمْ
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik darimu terhadap
isterinya.”
(HR.
Ahmad dan at-Tirmidzi).
Dan Nabi
saw melarang lelaki memarahi isterinya. Nabi saw bersabda:
لاَيَفْرَكُ مُؤْمِنٌ مُؤْمِنَةً,
إِنْ كَرِهَ مِنْهَا خُلُقًا رَضِيَ مِنْهَا آخَرَ
“Janganlah mukmin lelaki marah terhadap mukmin
perempuan, jika ia membenci darinya satu budi pekerti, ia senang darinya sifat
yang lain.”
(HR.
Muslim).
Demikianlah
Nabi saw menyuruh lelaki agar mencari faktor positif dan akhlak terpuji pada
perempuan dan melupakan kesalahan dan sisi negatif, kerana sesungguhnya
mencari-cari akhlak negatif dan berhenti di sisinya dalam waktu lama membawa
kepada saling berpaling dan membenci di antara sepasang suami isteri. Dan Nabi
saw melarang memukul wanita, beliau saw bersabda:
لاَتَضْرِبُوْا إِمَاءَ اللهِ
“Janganlah kamu memukul jariyah-jariyah Allah (perempuan).”
(HR. Abu Daud).
Dan
beliau saw mengancam orang-orang yang menyakiti wanita, beliau saw bersabda:
اللهُمَّ إِنِّي أُحَرِّجُ حَقَّ
الضَّعِيفَيْنِ: الْيَتِيْمِ وَالمرْأَةِ” [رَواه أَحْمدُ وابْن مَاجهْ]
“Ya Allah, sesungguhnya aku merasa berdosa terhadap hak
dua yang lemah: anak yatim dan wanita.”
(HR.
Ahmad dan Ibnu Majah).
Maksudnya
adalah bahawa orang yang berbuat zalim terhadap dua golongan yang lemah ini,
nescaya Allah swt menghalalkannya, bahawa ia dihadapkan terhadap dosa dan
hukuman di dunia dan akhirat.
Dan Nabi
saw melarang lelaki membuka rahsia para isteri, demikian pula para isteri
dilarang menyebarkan rahsia suami mereka. Nabi saw bersabda:
إِنَّ مِنْ أَشَرِّ النَّاسِ
عِنْدَ اللهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ الرَّجُلُ يُفْضِي إِلَى امْرَأَتِهِ
وَتُفْضِي إِلَيْهِ ثُمَّ يَنْشُرُ سِرَّهَا
“Sesungguhnya manusia paling jahat di sisi Allah di hari
kiamat adalah lelaki yang membuka rahsia kepada isterinya dan ia (isteri)
membuka rahsia kepadanya, kemudian dia (suami) menyebarkan/membuka rahsianya.”
(HR.
Muslim).
Di antara
sifat Nabi saw memuliakan wanita bahwa dia saw melarang para suami dari
berburuk sangka terhadap para isteri dan mencari-cari kesalahan mereka. Dari
Jabir, ia berkata,
نَهَى رَسُولُ اللهِ r أَنْ يَطْرُقَ الرَّجُلُ أَهْلَهُ لَيْلاً؛
يَتَخَوَّنُهُمْ، أَوْ يَلْتَمِسُ عَثَرَاتِهِمْ” [مُتفق عليه].
‘Rasulullah saw melarang lelaki mengetahui pintu isteri di malam
hari, mengintai atau mencari kesalahan mereka.’
(Muttafaqun
‘alaih).
Adapun
budi pekerti Rasulullah saw bersama isteri-isterinya, sungguh merupakan puncak
sifat lemah lembut dan kasih sayang. Dari al-Aswad, ia berkata, ‘Aku bertanya
kepada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ‘Apakah yang diperbuat
Rasulullah saw terhadap keluarganya? Ia menjawab:
كَانَ فِي مِهنةِ أَهلِه – أَيْ
يُساعِدُها فِي مِهنَتِها – فَإِذَا حَضرتِ الصَّلاةُ, قَامَ إِلى الصَّلاةِ [رواه
البخاري].
‘Beliau membantu pekerjaan isterinya, maka apabila telah tiba
waktu solat, beliau berdiri menuju solat.’
(HR.
Al-Bukhari).
Nabi saw
menyenangkan isteri-isterinya, lembut dan manis dalam berbicara terhadap mereka
dengan kata-kata sejuk yang menyenangkan. Di antaranya adalah sabda Nabi saw
kepada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha:
“Sesungguhnya aku mengetahui marah dan senangnya engkau.’ Ia bertanya,
‘Bagaimana engkau mengetahui hal itu, wahai Rasulullah? Beliau menjawab:
‘Sesungguhnya apabila engkau senang, engkau berkata, ‘Bahkan demi Rabb
Muhammad. Dan jika engkau marah, engkau berkata, ‘Tidak, demi Rabb Ibrahim.’
Maka berkata, ‘Benar, demi Allah, wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak
meninggalkan kecuali namamu.”
(Muttafaqun
‘alaih).
Maksudnya,
sesungguhnya cinta kepadamu di dalam hatiku selalu, tidak pernah berubah.
Dan Nabi
saw tidak pernah melupakan isterinya Khadijah radhiyallahu ‘anha hingga
setelah wafatnya. Dari Anas, ia berkata, ‘Apabila Rasulullah saw diberi hadiah,
beliau bersabda:
اذْهَبُوا بِهَا إِلَى فُلَانَةٍ،
فَإِنَّها كَانَتْ صَدِيقَةً لخَدِيجَةَ” [رَواهُ الطَّبرانيُّ]
“Bawalah kepada fulanah, sesungguhnya ia adalah teman
Khadijah.”
(HR.
Ath-Thabrani).
Maka
inilah penghormatan Nabi saw kepada para wanita, maka di manakah kalian dari
akhlak itu, wahai para penyeru kebebasan wanita?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan