Majlis ke
duabelas
Kelahiran,
menyusui, dan penjagaan Allah swt terhadapnya :
Beliau
dilahirkan pada hari Isnin bulan Rabi’ul Awal, ada yang mengatakan pada dua
haribulan, ada yang mengatakan lapan haribulan, sepuluh haribulan, dan ada yang
mengatakan duabelas haribulan. Ibnu Katsir rahimahullah berkata:
Dan pendapat yang shahih bahawa beliau lahir pada tahun gajah. Ibnu bin
al-Mundzir guru imam al-Bukhari dan Khalifah bin Khayyath dan selain keduanya
meriwayatkan ijma’ atas hal itu.
Para ahli
sejarah berkata,’Tatkala Aminah mengandungnya, ia berkata, ‘Aku tidak merasakan
berat baginya. Maka tatkala lahir, keluarlah bersamanya cahaya yang menerangi
Timur dan Barat.
Ibnu
al-Asakir rahimahullah dan Abu Nu’aim rahimahullah meriwayatkan
dari Ibnu Abbas t, ia berkata, ‘Tatkala Nabi lahir, Abdul Muthalib melaksanakan
akiqah untuknya dengan satu kambing dan memberinya nama Muhammad. Ada yang
bertanya, ‘Wahai Abul Harits, apakah yang mendorongmu memberinya nama Muhammad
dan engkau tidak memberinya nama seperti nama nenek moyangmu? Ia menjawab, ‘Aku
ingin agar Allah memujinya di langit dan manusia memujinya di bumi.’
Kematian
bapanya:
Bapanya
wafat saat beliau saw masih dalam kandungan ibunya. Ada yang berpendapat:
setelah kelahirannya beberapa bulan. Dan yang masyhur adalah pendapat yang
pertama.
Menyusuinya:
Tsuwaibah
jariah (budak wanita) Abu Lahab sempat menyusui beliau beberapa hari. Maka Abu
Lahab memerdekakannya kerana sangat senang terhadap anak laki-laki ini.
Kemudian beliau disusukan di perkampungan Bani Sa’ad, maka beliau disusui oleh
Halimah as-Sa’diyah. Beliau tinggal di perkampungan Bani Sa’ad sekitar lima
tahun. Dadanya telah dibelah di sana, lalu malaikat mengeluarkan
jantungnya/hatinya, mencucinya dan mengeluarkan darinya bagian nafsu dan
syaitan. Kemudian Allah swt mengisinya cahaya, hikmah, belas kasih dan kasih
sayang. Kemudian mereka mengembalikannya ke tempatnya.
Setelah
peristiwa itu, Halimah merasa khuatir atas keselamatannya, lalu ia
mengembalikannya kepada ibunya dan menceritakan kepadanya peristiwa yang telah
terjadi, maka hal itu tidak membuat ibunya merasa takut.
As-Suhaili rahimahullah berkata:
Pensucian dan pembersihan ini terjadi dua kali. Pertama: di saat masih kecil
agar hatinya dibersihkan dari gangguan syaitan. Yang kedua: saat Allah swt ingin
mengangkatnya ke hadrat-Nya yang suci, agar solat bersama para malaikat di
langit, maka beliau dibersihkan dalam dan luar, dan hatinya diisi hikmah dan
iman.
Kematian
ibunya:
Ketika
Rasulullah saw mencapai usia enam tahun, ibunya membawanya safar ke Madinah
untuk mengunjungi datuk dan bapa saudaranyanya Bani ‘Adi bin an-Najjar. Ibunya
ditemani Ummu Aiman. Maka ibunya tinggal di sisi mereka selama satu bulan.
Kemudian wafat di Abwa saat pulang menuju kota Makkah.
Dan
tatkala Rasulullah saw melewati Abwa, saat pergi ke Mekah pada tahun penaklukan
kota Mekah, beliau saw meminta izin kepada Rabb-nya untuk ziarah ke kubur
ibunya maka diberi izin. Maka beliau menangis dan membuat menangis orang-orang
ada di sekitarnya dan bersabda,
زُورُوا الْقُبُورَ، فَإِنَّها تُذَكِّرُ الموْتَ” [رواه مسلم].
“Lakukanlah
ziarah kubur, sesungguhnya ia mengingatkan kematian.”
(HR.
Muslim).
Setelah
ibunya wafat, Ummu Aiman mengasuhnya. Dia adalah budak bapanya yang beliau
warisi dari bapanya, dan bapa saudaranya Abdul Muthalib mengasuhnya. Maka
tatkala Rasulullah saw mencapai usia lapan tahun, bapa saudaranya wafat dan
berwasiat kepada pamannya Abu Thalib. Lalu ia mengasuhnya dan menjaganya dengan
sungguh-sungguh, membantunya, membelanya sampai Allah swt mengutusnya dengan
pertolongan yang kuat dan pembelaan yang sempurna. Padahal ia masih di atas
kesyirikannya hingga wafatnya, maka Allah swt meringankan siksanya kerana hal.
Sebagaimana disebutkan dalam hadits shahih tentang hal itu.
Penjagaan
Allah swt dari kekotoran jahiliyah:
Allah swt
telah menjaga Nabi-Nya dan melindunginya sejak kecil, membersihkannya dari
kekotoran jahiliyah. Sungguh Dia membuatnya benci terhadap berhala-berhala.
Maka beliau tidak pernah menyembah berhala dan tidak pula mengagungkan berhala,
tidak pernah meminum arak, dan tidak pernah ikut serta bersama para pemuda
Quraisy dalam kefasikan mereka. Bahkan beliau bebas dari semua aib. Beliau
diberikan semua budi pekerti yang indah dan perbuatan yang terpuji. Sehingga
beliau tidak dikenal di antara kaumnya kecuali sebagai al-Amin, kerana mereka
menyaksikan beliau dari kesuciannya, jujur pembicaraannya, dan mereka senang terhadap
keputusannya dan menempatkan pendapatnya. Dan hal itu sangat nyata dalam cerita
meletakkan hajar aswad di tempatnya semula. Dan sunguh mereka senang terhadap
pendapat beliau. Di mana beliau meminta menggelar baju/selendang, kemudian
meletakkan hajar aswad di tengahnya, dan menyuruh kepada setiap kabilah agar
mengangkat dari semua sudut pakaian itu. Kemudian beliau mengambil hajar aswad
itu dengan tangannya dan meletakkan di tempatnya semula. Maka tenanglah semua
jiwa dengan keputusan itu dan padamlah api fitnah yang mengancam peperangan di
antara kabilah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan