Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 28 Ogos 2012

H 42 Mencari Pertemuan Dengan Rasulullah Yang Mulia 3

Majlis ketiga

Petunjuk Nabi saw di bulan Ramadan (1)

Imam Ibnu al-Qayyim rahimahullah berkata, “Petunjuk Nabi saw di dalam bulan Ramadan adalah petunjuk yang paling sempurna, paling besar untuk mencapai tujuan, dan paling mudah terhadap jiwa.”

Kewajipan puasa di bulan Ramadan dimulai pada tahun kedua hijriyah, maka saat Rasulullah saw wafat, beliau telah berpuasa selama sembilan kali.

Ketika pertama kali diturunkan, diwajibkan memilih di antara puasa dan memberi makan orang miskin setiap hari. Kemudian dipindah dari pilihan itu kepada kewajipan puasa.
Dan diperbolehkan untuk memberi makan hanya bagi orang tua renta, laki-laki dan perempuan, apabila keduanya tidak mampu lagi berpuasa. Maka keduanya boleh berbuka dan memberi makan satu orang miskin setiap hari.

Dan diberikan keringanan kepada orang yang sakit dan musafir untuk berbuka dan mengqadak, dan diringankan  bagi yang hamil dan menyusui apabila khuatir terhadap dirinya juga seperti itu. Jika keduanya khuatir terhadap kondisi anak, maka selain mengqadak mereka juga harus memberi makan orang miskin setiap hari. Maka sesungguhnya berbukanya bukan kerana khuatir sakit, berbukanya dalam kondisi sihat, maka ditambal dengan memberi makan orang miskin, seperti berbukanya orang yang sihat di permulaan Islam.

Memperbanyak berbagai macam ibadah:

Di antara petunjuk Nabi saw di bulan Ramadan adalah memperbanyak berbagai macam jenis ibadah. Jibril as melakukan tadarus al Quran kepadanya di bulan Ramadan, apabila Jibril as menemuinya, ia lebih pemurah dengan kebaikan daripada angin yang bertiup kencang. Beliau adalah manusia yang paling pemurah, dan lebih pemurah lagi di saat bulan Ramadan, memperbanyak sedekah, berbuat baik, membaca al Quran, solat, zikir, dan iktikaf.

Beliau saw mengistimewakan bulan Ramadan dengan ibadah yang tidak beliau lakukan di bulan lainnya, sehingga terkadang beliau menyambung puasanya untuk menyempurnakan waktu-waktu malam dan siangnya di atas ibadah.

Dan beliau saw melarang para sahabatnya dari wishal (menyambung puasa), maka mereka berkata kepadanya, ‘Sesungguhnya melakukan wishal.’ Maka beliau saw menjawab, ‘Aku bukan seperti kamu, sesungguhnya semalaman,’ dan dalam satu riwayat: ‘Sesungguhnya aku selalu berada di sisi Rabb-ku, Dia memberi makan dan minum kepadaku.” (Muttafaqun ‘alaih).
Dan beliau melarang melakukan wishal kerana sayang terhadap umat, dan mengizinkan padanya hingga waktu sahur.
Dan di dalam Shahih al-Bukhari, dari Abu Sa’id al-Khudri ra, sesungguhnya ia mendengar Nabi saw bersabda:
لاَتُوَاصِلُوْا, فَأَيُّكُمْ أَرَادَ أَنْ يُوَاصِلَ فَلْيُوَاصِلْ إِلَى السَّحَرِ

Janganlah engkau menyambung puasa, maka barangsiapa di antaramu yang ingin menyambung puasa, maka hendaklah ia menyambung hingga waktu sahur.”

Maka inilah wishal (menyambung puasa) yang paling adil dan paling mudah bagi orang yang puasa, dan ini pada dasarnya sama seperti makan malam, namun ditunda. Maka bagi orang yang puasa ada makan di siang dan malam hari. Maka jika ia makan di waktu sahur, bererti ia telah memindahnya dari permulaan malam ke akhirnya.


Di antara petunjuk Nabi saw bahawa tidak masuk dalam permulaan puasa kecuali dengan melihat yang nyata atau persaksian seorang saksi. Sebagaimana beliau puasa dengan persaksian Abdullah bin Umar ra. Pernah sekali beliau puasa dengan persaksian seorang arab badwi (yang tidak pedesaan), dan beliau berpegang terhadap berita keduanya dan tidak membebani keduanya dengan ucapan persaksian. Jika hal itu merupakan berita, bererti cukuplah  di bulan Ramadan dengan berita satu orang. Dan jika merupakan persaksian, maka beliau saw tidak membebani saksi untuk mengucapkan persaksian. Maka jika tidak boleh dilihat dan tidak ada saksi, beliau menyempurnakan jumlah bulan Syaaban menjadi tiga puluh hari.

Dan apabila ada awan atau mendung yang menghalangi dari melihat bulan, beliau menyempurnakan bilangan bulan Syaaban menjadi tiga puluh hari, kemudian beliau puasa.
Beliau tidak pernah puasa di hari yang mendung dan tidak pula memerintahkan dengannya. Bahkan beliau menyuruh agar disempurnakan bilangan bulan Syaaban, apabila langit ditutupi awan. Beliau melakukan hal itu, maka inilah ketetapannya, inilah perintahnya, dan hal ini tidak ada kontradiksi dengan sabdanya saw:

فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَاقْدُرُوْا لَهُ

“Jika awan menutupi pandanganmu, maka perkirakanlah baginya.’ 
(muttafaqun ‘alaih).

Maka sesungguhnya memperkirakan adalah hisab yang ditentukan, dan maksudnya adalah menyempurnakan bilangan bulan bila langit berawan, seperti yang disabdakan beliau saw dalam hadits shahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari:

فَأَكْمِلُوْا عِدَّةَ شَعْبَانَ

“Maka sempurnakan bilangan bulan Syaaban.”


Petunjuk beliau untuk keluar dari bulan Ramadan:

Di antara petunjuknya saw adalah menyuruh manusia puasa dengan persaksian seorang laki-laki muslim, dan keluarnya mereka dari bulan Ramadan dengan persaksian dua orang.
Dan di antaranya petunjuknya saw adalah apabila dua orang bersaksi melihat bulan setelah keluar waktu lebaran bahawa beliau berbuka dan menyuruh mereka berbuka, dan solat besok harinya di waktunya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan