Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 28 Ogos 2012

H 43 Mencari Pertemuan Dengan Rasulullah Yang Mulia 4

Majlis keempat

Petunjuk Nabi saw di bulan Ramadan (2)

Imam Ibnu al-Qayyim rahimahullah berkata, “Beliau segera dalam berbuka dan menganjurkan untuk menyegerakannya, dan beliau bersahur dan menyuruh untuk  mengakhirkannya”.

Beliau saw menganjurkan berbuka dengan kurma, jika tidak ada maka dengan air. Ini termasuk kesempurnaan kasih sayangnya terhadap umatnya dan nasihat terhadap mereka. Maka sesungguhnya memberikan tabiat sesuatu yang manis disertai kosongnya isi perut lebih mendorong untuk menerimanya dan memanfaatkan kekuatan dengannya, terutama kekuatan penglihatan, sesungguhnya ia menjadi kuat dengannya.
Dan buah manis di Madinah adalah kurma, terdidiknya mereka atasnya. Kurma itu bagi mereka merupakan makanan pokok dan lauk pauk, sedangkan ruthabnya merupakan buah-buahan.

Adapun air, maka hati (liver) menjadi kering kerana puasa. Maka apabila dibasahi dengan air, sempurnalah manfaatnya dengan makanan sesudahnya. Kerana inilah yang paling utama bagi orang yang kehausan lagi lapar agar memulai dengan meminum sedikit air, sebelum makan, kemudian ia makan sesudahnya.

Inilah, sesungguhnya di dalam kurma dan air terdapat keistimewaan yang memberi pengaruh kuat dalam memperbaiki jantung, tidak ada yang mengetahuinya kecuali para doktor jantung.

Bersama Nabi saw ketika berbuka puasa:

Beliau berbuka sebelum solat.
Beliau berbuka dengan beberapa biji ruthab –jika ada-, jika tidak ada maka dengan beberapa biji kurma. Jika tidak ada, maka dengan beberapa tegukan air putih.
Diriwayatkan darinya bahawa beliau membaca ketika berbuka:

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوْقُ وَثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ تعالى

“Telah hilang rasa dahaga, basahlah urat leher, dan tetaplah pahala, insya Allah.
(HR. Abu Daud).

Dan disebutkan darinya saw:

إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ إِفْطَارِهِ دَعْوَةً لاَتُرَدُّ

Sesungguhnya untuk orang yang puasa saat berbuka adalah doa yang tidak ditolak.”
(HR. Ibnu Majah).

Dan shahih darinya saw, bahawa beliau bersabda:

إِذَا أَقْبَلَ اللَّيْلُ مِنْ هَاهُنَا وَأَدْبَرَ مِنْ هَاهُنَا فَقَدْ أَفْطَرَ الصَّائِمُ

Apabila datang malam dari sana dan berpaling dari sana, maka sungguh berbuka orang yang puasa.”
(Muttafaqun ‘alaih).

Dan dijelaskan bahawa ia telah berbuka secara hukum, sekalipun ia tidak meniatkannya, dan sungguh telah masuk waktu berbuka, seperti ashbaha (di waktu pagi) dan amsa (di waktu petang).

Adab-adab puasa:

Nabi saw melarang orang yang berpuasa dari perkataan kotor, mencela, menjawab celaan, dan menyuruhnya agar mengatakan kepada yang mencela: 

‘Sesungguhku aku sedang puasa.’
(muttafaqun ‘alaih).

Dikatakan: ia mengucapkan dengan lisannya, dan itulah yang nampak.
Ada yang berpendapat: Ia mengatakan dengan hatinya, untuk mengingatkan dirinya bahawa ia sedang puasa.
Ada pula yang berpandangan: ia mengucapkannya dengan lisannya dalam puasa wajib dan mengatakan pada dirinya pada puasa sunnah, kerana hal itu lebih menjauhkan dari perbuatan riak.

Petunjuk Nabi saw dalam perjalanan di bulan Ramadan

Rasulullah saw melakukan safar di bulan Ramadan, maka beliau puasa dan berbuka, dan memberikan pilihan kepada para sahabat di antara dua perkara.
Beliau menyuruh mereka berbuka, apabila musuh sudah dekat, agar mereka kuat dalam menghadapinya.
Adapun bila perjalanan itu bukan berjihad, Rasulullah saw bersabda tentang berbuka: ia adalah rukhshah (keringanan), maka siapa yang mengambilnya maka ia adalah baik, dan barangsiapa yang ingin puasa, maka tidak mengapa atasnya.
Rasulullah saw telah melakukan safar dalam peperangan terbesar dan teragung iaitu dalam perang Badar dan perang fath (penaklukan kota Mekah).
Dan bukan termasuk petunjuk Nabi saw menentukan jarak perjalanan yang boleh berbuka orang yang berpuasa, dan tidak ada yang riwayat yang shahih dari beliau tentang hal itu.

Saat para sahabat memulai safar, mereka berbuka tanpa memandang melewati perumahan dan menceritakan bahawa itu sunnah dan petunjuknya, seperti yang dikatakan oleh Ubaid dan(bin?) Jabr rahimahullah, ia berkata: ‘Aku pergi bersama Abu Bashrah al-Ghifari ra sahabat Rasulullah saw, di kapal dari Fusthath di bulan Ramadan. Maka sebelum melewati perumahan, ia memanggil sufrah dan berkata: ‘Dekatkanlah.’ Aku bertanya, ‘Bukanlah engkau masih melihat perumahan? Abu Nashrah berkata, ‘Apakah engkau membenci sunnah Rasulullah saw? (HR. Ahmad dan Abu Daud).
Muhammad bin Ka’ab berkata, ‘Aku datang kepada Anas bin Malik ra di bulan Ramadan, sedang ia ingin melakukan safar dan kenderaan telah disiapkan untuknya. Dia telah memakai pakaian safar. Lalu ia meminta makanan, lalu makan. Maka aku bertanya kepadanya, ‘Apakah ini sunnah?’ Ia menjawab, ‘Sunnah.’ Kemudian ia berangkat. At-Tirmidzi berkata: Hadits Hasan.
Atsar-atsar ini sangat jelas bahawa siapa yang memulai safar di siang hari bulan Ramadan, maka ia boleh berbuka.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan