Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 30 Ogos 2012

H 60 Mencari Pertemuan Dengan Rasulullah Yang Mulia 21

Majlis ke Dua Puluh Satu

Ibadahnya Nabi saw

Nabi saw banyak melakukan ibadah, dari solat, puasa, zikir, doa, dan berbagai macam ibadah lainnya. Dan apabila nabi saw beramal, beliau menetapkannya dan menjaga atasnya. Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, ‘Apabila Rasulullah saw ketinggalan  solat malam kerana sakit atau kerana sebab yang lainnya, beliau solat di siang harinya sebanyak dua belas rakaat.
(HR. Muslim).

Dan Nabi saw tidak pernah meninggalkan solat malam, dan nabi saw melaksanakan solat malam hingga bengkak kedua telapak kakinya. Maka tatkala hal itu ditanyakan kepadanya, nabi saw bersabda:
أَفَلاَ أُحِبُّ أَنْ أَكُوْنَ عَبْدًا شَكُوْرًا

“Apakah aku tidak suka menjadi hamba yang bersyukur?’
(Muttafaqun ‘alaih).

Dari Huzaifah bin al-Yaman ra, ia berkata:

صلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ r ذَاتَ ليلةٍ, فافتتَحَ البقرَةَ، فقلْتُ: يرْكَعُ عِنْد المائةِ. ثُمَّ مَضَى. فقلْتُ: يُصلِّي بِها في ركْعَةٍ، فمضَى, ثم افتتَح النِّسَاء فقرَأَها, ثُمَّ افتَتح آلَ عِمْرَانَ فقرأَهَا, يَقْرأُ مُتَرسِّلاً([5])؛ إِذا مرَّ بآيةٍ فِيها تسبيحٌ سبَّح، وَإِذَا مرَّ بسؤالٍ سَألَ، وَإِذَا مرَّ بتعوُّذٍ تعوَّذَ، ثُمَّ ركعَ فجعَل يقولُ: “سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ” فَكان رُكوعُه نَحوًا مِنْ قِيامِه, ثُمَّ قال: “سَمِعَ اللهُ لِـمَنْ حَمِدَهُ, رَبَّنَا لَكَ الـحَمْدُ”, ثُمَّ قامَ قِيامًا طَوِيلاً قَرِيبًا مما رَكَعَ، ثُمَّ سَجَدَ فَقَالَ: “سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى” فَكَانَ سُجودُه قَريبًا مِنْ قِيامِهِ” [رواهُ مسْلِم].

‘Pada suatu hari, aku solat bersama Nabi saw. Maka beliau memulai dengan membaca surat al-Baqarah. Aku berkata: Beliau rukuk setelah seratus ayat. Kemudian beliau meneruskan. Maka aku berkata: Beliau solat dengannya dalam satu rakaat. Kemudian beliau meneruskan, kemudian memulai surah an-Nisaa`, lalu terus membacanya. Kemudian beliau saw memulai surat Ali Imran, maka beliau membacanya. Beliau membacanya secara pelan lagi tartil. Apabila melewati ayat yang mengandung tasbih, beliau membaca tasbih. Apabila melewati permintaan, beliau meminta. Apabila melewat ayat perlindungan, beliau berlindung. Kemudian beliau rukuk, sambil membaca: ‘Maha suci Rabb-ku Yang Maha Agung.” Maka rukuknya seperti berdirinya. Kemudian ia  membaca: “Allah mendengar orang yang memujinya, wahai Rabb-kami, hanya bagi-Mu lah pujian.’ Kemudian dia berdiri yang lama, hampir seperti rukuknya. Kemudian nabi saw sujud dan membaca: “Maha suci Rabb-ku Yang Maha Tinggi.” Maka sujudnya hampir sama dengan berdirinya.’
HR. Muslim.

Nabi saw selalu memelihara solat sunnah sepuluh rakaat saat tidak safar: dua rakaat sebelum zuhur dan dua rakaat sesudahnya, dua rakaat sesudah maghrib, dua rakaat setelah isyak di rumahnya, dan dua rakaat sebelum solat fajar.
Dan beliau sangat menjaga solat sunnah fajar melebih semua solat sunnah yang lainnya, beliau tidak pernah meninggalkannya dan juga solat witir. Tidak pernah meninggalkannya saat  safar dan tidak, dan tidak ada riwayat bahawa beliau saw melaksanakan sunnah rawatib selainnya.

Terkadang beliau saw melaksanakan empat rakaat sebelum zuhur, dan beliau pernah berdiri satu malam membaca satu ayat dan mengulang-ulanginya hingga subuh.
Beliau selalu menjaga puasa hari Isnin dan Khamis.
(HR. at-Tirmidzi dan ia menghasankannya).

Dan beliau bersabda:

“تُعْرَضُ الْأَعْمَالُ يَوْمَ الإِثْنَيْنِ وَالْـخَمِيسِ, فَأُحِبُّ أَنْ يُعَرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ” [رَواه الترمذِيُّ وحسَّنه].

“Amal ibadah diperlihatkan di hari Isnin dan Khamis, maka aku ingin diperlihatkan amal ibadahku, sedangkan aku sedang puasa.’
(HR at-Tirmidzi dan ia menghasankannya).

Nabi saw berpuasa tiga hari setiap bulan. Dari Mu’adzah al-’Adawiyah, sesungguhnya ia bertanya kepada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha: ‘Apakah Rasulullah saw puasa tiga hari setiap bulan? Ia menjawab, ‘Ya.’ Ia bertanya, ‘Beliau puasa pada bulan apa? Ia menjawab, ‘Beliau tidak perduli di bulan apapun tetap puasa (tiga hari).’
(HR. Muslim).

Dari Ibnu Abbas ra, ia berkata:

“كَانَ رَسُولُ اللهِ r لَا يُفْطِرُ أَيَّامَ البِيضِ فِي حَضَرٍ وَلَا سَفَرٍ” [رَواهُ النِّسائِيُّ وحسَّنه النوويُّ].

‘Rasulullah saw tidak berbuka di hari-hari putih, di saat safar dan tidak.”
(HR. an-Nasa`i dan dihasankan oleh an-Nawawi).

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, ‘Rasulullah saw tidak pernah puasa yang lebih banyak dari pada puasa di bulan Syaaban. Sesungguhnya puasa di bulan Syaaban semuanya.’ Dalam satu riwayat: “Beliau puasa bulan Syaaban kecuali sedikit.”
Adapun ibadah zikir, sungguh lisan Rasulullah saw tidak pernah putus dari zikir kepada Allah swt. Beliau selalu berzikir kepada Allah swt setiap saat. Apabila berpaling dari solatnya, beliau istigfar sebanyak tiga kali dan membaca:

اللهُمَّ أَنْتَ  السَّلامُ وَمِنْكَ السَّلامُ, تَبَارَكْتَ يَا ذَا الجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ” [رَوَاهُ مُسْلِم].

Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Pemberi Keselamatan, darimu datang keselamatan, Maha tinggi Engkau wahai Yang memiliki keagungan dan memberikan kemuliaan.”
(HR. Muslim).

Dan apabila selesai solat dan sudah mengucap salam, beliau saw membaca:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الملْكُ، وَلَهُ الـحَمْدُ, وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، اللهُمَّ لَا مَانِعَ لِـمَا أَعْطَيْتَ, وَلَا مُعْطِيَ لما مَنَعْتَ, وَلَا يَنْفَعُ ذَا الجَدِّ مِنْكَ الجَدُّ” [مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ].

Tiada Ilah yang berhak disembah selain Allah, tiada sekutu baginya, milik-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, tidak ada yang boleh mencegah bagi sesuatu yang Engkau berikan, dan tidak ada yang boleh memberi bagi sesuatu yang engkau halangi, dan orang yang kaya tidak boleh memberikan manfaat kepada yang mempunyai kekayaan dari-Mu.’

Nabi saw membaca di dalam rukuk dan sujudnya:
“سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ، رَبُّ الملَائِكَةِ وَالرُّوحِ” [رَوَاهُ مسْلِم].

Yang Maha Suci, Rabb para malaikat dan ruh (Jibril ).”
HR. Muslim.

Dari Anas ra, ia berkata, ‘Kebanyakan doa Nabi saw adalah:

“اللهُمَّ آتِنا فِي الدُّنيَا حَسَنةً, وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ” [متفقٌ علَيْه].

Ya Allah, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari siksaan neraka.”
(Muttafaqun ‘alaih).
Dan Nabi saw memperbanyak istighfar (meminta ampun), dari Ibnu Umar ra, ia berkata, ‘Kami menghitung bagi Rasulullah saw dalam satu majlis sejumlah seratus kali:

“رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَليَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ”

Ya Rabb, ampunilah dosaku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”
(HR. Abu Daud dan at-Tirmidzi dan ia berkata, ‘Hasan Shahih).

Dan Beliau saw melarang sifat ghuluw (berlebihan) dan memberikan peringatan dari memaksakan diri dalam ibadah, beliau bersabda:

عَلَيْكُمْ بِمَا تُطِيْقُوْنَ, فَوَاللهِ لاَيَمَلُّ اللهُُ حَتَّى تَمَلُّوا, وَكَانَ أَحَبُّ الدِّيْنِ إِلَيْهِ مَا دَاوَمَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ.

“Lakukanlah sebatas kemampuanmu, demi Allah, Allah tidak pernah jenuh/bosan (dalam menerima dan memberi pahala) sehingga kamu merasa jenuh/bosan (dalam ibadah). Dan agama yang paling disukai kepada-Nya adalah yang ditekuni oleh pelakunya.”

(Muttafaqun ‘alaih).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan