Abi Ishak Ibrahim berkata :
1- Seseorang tidak akan dapat menikmati kelazatan menyembah ALLAH SWT jika tidak membuang rasa lazat terhadap perkara keduniaan.
2- Kediaman syaitan itu di dalam darah manusia.
3- Orang yang mencari nafkah secara haram, ALLAH SWT tidak akan menerima doanya.
4- Kemuliaan itu bukan terletak pada pakaian yang cantik tetapi
kemuliaan itu terletak pada Mengingati ALLAH SWTdan mematuhi ArahanNya.
5- Mereka yang mengejar kebendaan dunia dan pangkat kemuliaan serta
menghabiskan masa dengan menghiasi diri adalah orang telah mati Kerohaniannya.
6- Orang yang sentiasa mengkaji al Quran akan sentiasa dilimpahi
Kurniaan ALLAH SWT.
7- Mereka yang mencintai ALLAH SWT tidak akan kahwin
dengan wanita melainkan kerana menerima Arahan ALLAH SWT.
8- Solat di malam hari amat memberi kesan kepada orang mukmin
walaupun hanya dikerjakan sedikit sahaja.
Rujukan :
Kitab Tazkirah Awliya’. m/s : 147-148.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan