Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 5 Ogos 2012

F 14 MEREKA YANG MELAKUKAN DOSA-DOSA BESAR HANYA PERLU KEPUTUSAN ALLAH SWT

Kita meyakini bahawa seorang muslim tidak menjadi kafir kecuali jika keimanannya gugur kerana syirik atau hal-hal lain yang dapat menguggurkan keimanan dan bahawa seorang muslim tidak menjadi kafir kerana melakukan dosa besar selain syirik kecuali ia menghalalkannya dan bahawa para pelaku dosa besar keputusannya tergantung kehendak Allah swt, jika berkehendak Allah swt mengazabnya dan jika berkehendak Allah swt mengampuninya.

Allah Subhaanahu Wata’ala berfirman,

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya.” 
(Surah 48, An Nisa’ : ayat 116).

Orang-orang yang melakukan kemaksiatan selain syirik keputusannya tergantung kehendak Allah swt, jika berkehendak Allah swt mengazabnya dan jika berkehendak Allah swt mengampuninya. Namun demikian mereka masih dalam koridor Islam. Ayat tadi tentunya berbicara tentang ampunan yang tidak melalui taubat, kerana jika berbicara tentang ampunan yang melalui taubat, tentunya tidak akan membezakan antara dosa syirik dengan selainnya, sebab setiap dosa akan diampuni jika bertaubat.

Allah Subhaanahu Wata’ala berfirman yang bermaksud, 

“Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan.” 
(Surah 49, Al Hujurat : ayat 7)

Ayat ini membezakan antara kekufuran dan selainnya, iaitu kefasikan dan kemaksiatan (kedurhakaan).

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوْقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ.

“Mencela muslim adalah kefasikan dan membunuhnya adalah kekufuran.” 
(Muttafaq ‘Alaih).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam membezakan antara kefasikan dan kekufuran, dengan demikian diketahui bahawa kemaksiatan itu berbeza-beza.


Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
شَفَاعَتِيْ لِأَهْلِ الْكَبَائِرِ مِنْ أُمَّتِيْ.

“Syafaatku untuk para pelaku dosa besar dari umatku.” 
(Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan Ibnu Hibban).

Syafaat beliau untuk mereka adalah bukti bahawa mereka masih tetap dalam lingkup keimanan.

Ketika turun ayat yang bermaksud: “Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.” 
(Surah 6, Al-An’am : ayat 82)

Hal ini terasa berat dalam hati para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sehingga mereka bertanya, “Siapa di antara kami yang tidak berbuat zalim?” Lalu turunlah ayat, 

“Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” 
(Surah 31, Luqman : ayat 13)

(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari). Di sini jelas dibezakan antara kezaliman dan syirik, beliau menjelaskan bahawa tidak semua kezaliman bererti kesyirikan, akan tetapi kesyirikan itu merupakan kezaliman yang paling besar.

Hukuman dibezakan tergantung kemaksiatan yang dilakukan. Syariat yang suci telah menetapkan bahawa hukuman mencuri adalah potong tangan, hukuman zina adalah dijild (didera) atau direjam (dilempari batu hingga mati), hukuman mabuk adalah dicambuk, hukuman murtad adalah dibunuh. Hal ini menunjukkan bahawa kemaksiatan itu berbeza-beza dan tidak dianggap sedarjat.

Allah Subhaanahu Wata’ala berfirman,
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera.” 
(Surah 24, An Nur : ayat 2)

Dalam ayat lain disebutkan, “Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan dari apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” 
(Surah 5, Al Maidah : ayat 38)

Dalam ayat lain disebutkan, “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.” 
(Surah 24, An Nur : ayat 4)

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
مَنْ بَدَّلَ دِيْنَهُ فَاقْتُلُوْهُ.

“Barangsiapa yang mengganti agamanya (Islamnya) maka bunuhlah ia.”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari).

Beliau juga bersabda,

لاَ يَحِلُّ دَمُّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلاَّ بِإِحْدَى ثَلاَثٍ: اَلنَّفْسِ بِالنَّفْسِ وَالثَّيِّبِ الزَّانِي وَالتَّارِكِ لِدِيْنِهِ الْمُفَارِقِ لِلْجَمَاعَةِ.

“Tidaklah halal darah seorang muslim kecuali kerana salah satu dari tiga hal: Jiwa dengan jiwa, orang tua yang berzina dan orang yang meninggalkan agamanya lagi memisahkan diri dari jamaah.” 
(Muttafaq ‘Alaih).
http://www.alsofwah.or.id/index.php?pilih=lihatkajian&parent_id=2342&parent_section=kj075&idjudul=1



Tiada ulasan:

Catat Ulasan