Umar Radhiyallahu Anhu (RA) berkata :
1. “Barangsiapa banyak tertawa, maka wibawanya sedikit.
2. Barangsiapa suka meremehkan orang, maka
dia tentu akan diremehkan orang lain.
3. Barangsiapa memperbanyak sesuatu, maka
dia akan dikenal dengan sesuatu itu.
4. Barangsiapa banyak bicaranya, tentu
banyak pula dosanya.
5. Barangsiapa banyak dosanya, maka tentu
sedikit rasa malunya.
6. Barangsiapa sedikit rasa malunya, maka
sedikit pula sifat waraknya.
7. Barangsiapa sedikit sifat waraknya, maka
hatinya akan mati.”
Berkaitan dengan perkara 1, Rasulullah
Shallallahu ’Alaihi Wassallam bersabda :
“Jauhilah olehmu banyak tertawa, sebab
sesungguhnya banyak tertawa itu dapat mematikan hati dan boleh menghilangkan kewibawaan.”
(Diriwayatkan dari Abu Dzar
Radhiyallahu Anhu).
Berkelakar itu merupakan makar(tipuan)
syaitan yang akan mencelakakan
sedikit demi sedikit dan merupakan tipuan hawa nafsu.”
’Umar bin ’Abdul ’Azis berkata :
“Janganlah kalian banyak ketawa, kerana
banyak ketawa
itu adalah suatu kebodohan yang boleh melahirkan dendam dan boleh menjadikan hati keras.”
Al-Mawardi mengatakan dalam bait-bait
syairnya :
Berkelakar itu awalnya
manis
Tetapi berakhirnya
dengan permusuhan yang sengit
Lelaki yang terhormat
akan menghindarinya
Tetapi orang yang hina
menyukainya.
Sehubungan dengan perkara 6,
disebutkan bahawa salah seorang ahli paramasastera telah mengatakan bahawa
kecerahan wajah adalah kerana rasa malunya, sebagaimana tumbuh-tumbuhan cerah kerana
siraman airnya. Shalih ’Abdul Quddus telah mengatakan melalui bait-bait syair
berikut :
Bila air muka berkurang,
berkurang pula rasa malunya
Tiada kebaikan pada
wajah bila kehilangan air mukanya
Peliharalah rasa malumu,
kerana tiada lain perbuatan yang mulia itu
Hanyalah dilihat dari
rasa malunya.
Berkaitan dengan perkara 3, Rasulullah
Shallallahu ’Alaihi Wassallam bersabda :
“Sesungguhnya orang yang paling banyak
dosanya pada hari Kiamat nanti adalah orang yang paling banyak bicaranya
tentang sesuatu yang tiada guna.”
(HR. Ibnu Nashr).
“Lisan itu kelak akan disiksa dengan
siksaan yang tidak pernah ditimpakan kepada anggota tubuh yang lain.
Selanjutnya, lisan itu berkata :”Wahai Tuhanku, mengapa Engkau menyiksaku
dengan siksaan yang tidak pernah Engkau timpakan kepada anggota badan yang
lain?” Maka dikatakan kepadanya : “Kerana telah keluar darimu ucapan yang boleh menggemparkan dunia di Timur dan di Barat, yang menyebabkan ditumpahkannya
darah secara haram; dirampasnya harta secara haram; dan digaulinya farji secara
haram. Oleh kerana itu, demi keagunganKu, maka Aku benar-benar akan menyiksamu
dengan siksaan yang tidak pernah Aku timpakan kepada anggota badan yang lain,
selain kamu (lisan).”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan