1. Mendapat pujian dan disebut oleh Allah SWT.
2. Diagongkan dan dimuliakan oleh Allah SWT.
3. Dicintai oleh Allah SWT semasa hidup di dunia.
4. Selama hidup di dunia, kerana TAAT dan Tawakkal sehingga seolah-olah Allah SWT menjadi wakilnya dalam semua urusan. Semua urusan Allah SWT mengatur untuknya.
5. Segala rezekinya ditanggung oleh Allah SWT.
6. Mendapat pertolongan Allah SWT setiap kali niat buruk musuh terhadapnya.
7. Tidak ada perasaan khuatir kerana hatinya sentiasa ditenteramkan oleh Allah SWT.
8. Darjat kemuliaannya sentiasa diangkat atau sentiasa bertambah oleh Allah SWT.
9. Himmah atau nilai diri sentiasa diangkat oleh Allah SWT.
10. Hatinya sentiasa kaya, kekayaan hatinya melebihi kekayaan yang dimilikinya SWT.
11. Hatinya sentiasa bersih dan senang menerima ilmu Allah SWT.
12. Bersabar dan Ikhlas menerima segala dugaan dan musibah terjadi hasil dari kelakuan dan kejahatan musuh.
13. Dihormati dan disegani orang lain.
14. Dicintai orang lain - semua orang mengagong dan mencintainya serta memuliakannya.
15. Setiap tutur katanya mendatangkan banyak kebaikan.
16. Bumi, langit dan laut tunduk kepadanya.
17. Semua haiwan tunduk dan takut kepadanya.
18. Memiliki kunci-kunci bumi.
19. Menjadi pemimpin dan mempunyai pengaruh dalam pintu Rabbul Izzati.
20. Allah SWT sentiasa setia menunggu memaqbulkan doanya.
21. Diringan dan dimudahkan oleh Sakaratul Maut ketika menemui ajalnya.
22. Sentiasa Dalam Makrifat dan beriman kepada Allah SWT.
23. Allah SWT sentiasa melimpahkan kebahagiaan dan keredhaan kepadanya.
24. Kekal di dalam Syurga Allah SWT dan dekat kepada Allah SWT.
25. Semasa di alam Ghaib rohnya diiringi ke langit dengan penuh kehormatan, lemah-lembut dan mendapat segala kenikmatan.
26. Allah SWT melancarkan segala jawapan apabila ditanya oleh semasa disoal dalam kubur dan tidak diseksa di dalam kubur sehingga hari Qiamat.
27. Rohnya mengadap Allah SWT dengan tenang, rohnya tidak menghadapi kesulitan ketika berpisah dengan jasad kerana mendapat penghormatan daripada Allah SWT, Rohnya tergolong dalam golongan roh orang yang dimuliakan Allah SWT dan jasadnya mudah dikebumikan.
28. Kuburnya luas dan diterangi cahaya.
29. Setelah bangkit dari kubur mendapat penghormatan dan kemuliaan daripada Allah SWT di Padang Mahsyar.
30. Wajah akan bercahaya dan bersinar-sinar.
31. Aman dari segala ancaman di alam Akhirat.
32. Menerima Catatan Amalan dengan tangan kanan.
33. Hisabnya diringankan.
34. Timbangan kebaikkan diberatkan.
35. Dapat mengadap Rasulullah di telaga Rasulullah dan meminum air telaga Rasulullah.
36. Dapat meniti Sirat dan melepasi api neraka.
37. Dapat memberi Shafaat kepada orang lain setelah mendapat keizinan Allah SWT.
38. Mendapat kekuasaan kekal di dalam Syurga Allah SWT.
39. Mendapat Keredaan Allah SWT yang paling agung.
40. Dapat Mengadap Allah Azzawajal.
Tazkiah Nufus. m/s: 61
Tiada ulasan:
Catat Ulasan