Setiap
insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan
itu adalah Syurga. Di dalamnya terdapat bejana-bejana dari emas dan perak,
istana yang megah dengan dihiasi beragam permata, dan berbagai macam kenikmatan
lainnya yang tidak pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga, dan
terbetik di hati.
Dalam Al
Quran banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Syurga.
Di antaranya Allah Subhanahu wa Taala berfirman :
“(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada
orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak
berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah
rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya,
dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya
segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang
kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga
memotong-motong ususnya?”
(QS. Muhammad : 15)
“Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dulu
(masuk Surga). Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam
Surga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu dan
segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan
yang bertahtakan emas dan permata seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan.
Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda dengan membawa gelas,
cerek, dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir,
mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk dan buah-buahan dari apa
yang mereka pilih dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.”
(QS. Al
Waqiah : 10-21)
Di
samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman
kepada Allah Tabaraka wa Taala kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari
bidadari-bidadari Syurga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al
Quran yang mulia, diantaranya :
“Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli
laksana mutiara yang tersimpan baik.”
(QS. Al
Waqiah : 22-23)
“Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan,
menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka
(penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.”
(QS. Ar
Rahman : 56)
“Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.”
(QS. Ar
Rahman : 58)
“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan
langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya
umurnya.”
(QS. Al
Waqiah : 35-37)
Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk
Syurga dalam sabda beliau :
” … seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk
bumi nescaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Syurga dan penduduk
bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita
Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya.”
(HR.
Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu ‘anhu)
Dalam
hadits lain Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda :
Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami
mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun.
Di antara yang didendangkan oleh mereka : “Kami adalah wanita-wanita pilihan
yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata
yang menyejukkan.” Dan mereka juga mendendangkan : “Kami adalah wanita-wanita
yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan
takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi.”
(Shahih Al Jami’ nomor 1557)
Apakah
Ciri-Ciri Wanita Syurga
Apakah
hanya orang-orang beriman dari kalangan laki-laki dan bidadari-bidadari saja
yang menjadi penduduk Syurga? Bagaimana dengan isteri-isteri kaum Mukminin di
dunia, wanita-wanita penduduk bumi?
Isteri-isteri
kaum Mukminin yang beriman kepada Allah swt dan Rasul-Nya tersebut akan tetap
menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang
sama dengan yang diperoleh penduduk Syurga lainnya, tentunya sesuai dengan
amalnya selama di dunia.
Tentunya
setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Syurga. Pada hakikatnya wanita ahli
Syurga adalah wanita yang taat kepada Allah swt dan Rasul-Nya. Seluruh
ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Di antara ciri-ciri
wanita ahli Syurga adalah :
1. Bertakwa.
2. Beriman
kepada Allah swt, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari
kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.
3.
Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah swt, bersaksi
bahawa Muhammad saw adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan
zakat, berpuasa di bulan Ramadan, dan naik haji bagi yang mampu.
4. Ihsan,
yaitu beribadah kepada Allah swt seakan-akan melihat Allah swt, jika dia tidak
dapat melihat Allah swt, dia mengetahui bahawa Allah swt melihat dirinya.
5. Ikhlas
beribadah semata-mata kepada Allah swt, tawakal kepada Allah swt, mencintai
Allah swt dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah swt, mengharap rahmat Allah
swt, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah swt
serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar
membaca Al Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah swt ketika
sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah swt semata.
7.
Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8.
Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh
makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.
9.
Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada
orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10.
Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan
memaafkan manusia.
11. Adil
dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
12.
Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan keburukan
orang lain (ghibah).
13.
Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14.
Berbakti kepada kedua orang tua.
15.
Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.
Demikian
beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang kami sadur dari kitab Majmuk Fatawa
karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut
bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya
masuk dalam kerangka taat kepada Allah swt dan Rasul-Nya. Allah Taala berfirman
:
“… dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah
memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang
mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.”
(QS. An
Nisa’ : 13).
Wallahu
A’lam Bis Shawab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan