Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 6 Ogos 2012

F 61 BERBUAT BAIK DALAM SEGALA URUSAN

Terjemah hadits / ترحمة الحديث :
Daripada Abu Ya’la Syaddad bin Aus radhiallahuanhu dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Sesungguhnya Allah telah menetapkan perbuatan baik (ihsan) atas segala sesuatu. Jika kalian membunuh maka berlakulah baik dalam hal tersebut. Jika kalian menyembelih berlakulah baik dalam hal itu, hendaklah kalian mengasah pisaunya dan menyenangkan haiwan sembelihannya”.
(Riwayat Muslim)

Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :

1. Syariat Islam menuntut perbuatan ihsan kepada setiap makhluk termasuk di antaranya adalah haiwan.

2. Tidak boleh menyiksa dan merosak tubuh sebagai sasaran dan tujuan, tidak juga boleh menyayat-nyayat orang yang dihukum qishash.

3. Termasuk ihsan juga berbuat baik terhadap haiwan ternak dan belas kasih terhadapnya. Tidak boleh membebaninya di luar kemampuannya serta tidak menyiksanya saat menyembelihnya.

http://ahlulhadiits.wordpress.com/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan