1.
Syarrut ta‘am (banyak makan)
· Iaitu
terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum.
· Makan
dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta
membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai
daripada menunaikan ibadah dan zikrullah.
· Makan
dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada
lali daripada menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam amalan
membazir.
2.
Syarrul kalam (banyak bercakap)
· Iaitu
banyak berkata-kata atau banyak bercakap.
· Banyak
berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah
itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar
itu mudah merasa jemu.
3.
Ghadhab (pemarah)
· Ia
bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau
menegah daripada kejahatan.
· Sifat
pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana
itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan
dicerobohi hak-haknya.
· Sifat
pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan
sesuatu sebab yang benar.
4. Hasad
(dengki)
· Iaitu
menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah
kepadanya.
· Seseorang
yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau
tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu
perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah
membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat
kepada orang lain.
· Orang
yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita
dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan
yang membawa kepada bencana dan kerosakan.
5. Bakhil
(kedekut)
· Iaitu menahan
haknya daripada dibelanjakan atau digunakan kepada jalan yang dituntut oleh
agama.
· Nikmat
yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wataala kepada seseorang itu merupakan
sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain. Oleh yang
demikian, nikmat dan pemberian Allah menjadi sia-sia sekiranya tidak
digunakan dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah
subhanahu wata‘ala.
· Lebih-lebih
lagi dalam perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti zakat, mengerjakan
haji dan memberi nafkah kepada tanggungan, maka menahan hak atau harta tersebut
adalah suatu kesalahan besar di sisi agama.
6. Hubbul
jah (kasihkan kemegahan)
· Iaitu kasihkan
kemegahan, kebesaran dan pangkat.
· Perasaan
inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak
ikhlas kerana Allah.
· Akibat
daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia
dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga
pangkat dan kebesaran.
7. Hubbud
dunya (kasihkan dunia)
· Ia
bermaksud kasihkan dunia, iaitu mencintai perkara-perkara yang
berbentuk keduniaan yang tidak membawa sebarang kebajikan di akhirat.
· Banyak
perkara yang diingini oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan dan
kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang
tidak dituntut oleh agama dan tidak menjadi kebajikan di akhirat.
· Oleh
yang demikian, kasihkan dunia itu adalah mengutamakan perkara-perkara tersebut
sehingga membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan
kewajipan-kewajipan kepada Allah.
· Namun
begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah
suatu kesalahan.
8. Takbur
(sombong)
· Iaitu membesarkan
diri atau berkelakuan sombong dan bongkak.
· Orang
yang takbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya
daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah
pangkat.
· Sifat
takbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah
dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana
enggan tunduk kepada kebenaran.
9. ‘Ujub
(bangga diri)
· Iaitu merasai
atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.
· Orang
yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa
dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya,
kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya
melakukan sebagaimana yang dia lakukan.
· Dengan
itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang
lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.
10. Riak
(menunjuk-nunjuk)
· Iaitu memperlihatkan
dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.
· Setiap
amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah
keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada
Allah swt semata-mata.
· Orang
yang riak adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah
menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan