Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 13 Ogos 2012

G 59 EMPAT Punca kelemahan iman mengundang TUJUH bala dari Allah SWT

4 Punca kelemahan iman :

1-Apabila maksiat semakin bertambah  di dalam masyarakat Islam.

2-Apabila golongan agama tidak lagi beramal dengan ajaran agama atau golongan agama tidak lagi menjadikan agama sebagai amalan hidup.

3-Apabila Amalan dan Ibadat yang dilakukan tidak disertakan dengan roh cintakan agama.

4-Apabila Doa yang dipohon oleh umat Islam tidak lagi dimakbul oleh Allah SWT.

Jika 4 perkara di atas telah berlaku maka umat Islam akan ditimpa 7 bala dari Allah SWT :

1-Manusia akan menyembah sesama manusia sebagai ganti kepada Allah SWT.

2- Fitnah akan bermaharajalela.

3-Keberkatan dan rezeki akan ditarik oleh Allah SWT, tubuh badan manusia akan hilang keberkatan dan masa/umur mereka juga tidak mendapat keberkatan dari Allah SWT.

4-Cara hidup jahiliyah, Yahudi dan Nasrani akan menggantikan cara hidup umat Islam.

5-Ulamak yang jahat akan memimpin umat Islam dan ilmu akan berkurang serta umat Islam tidak lagi mementingkan ilmu agama.

6-Manusia akan mentaati  isteri dan anak serta tidak berani melaksanakan perintah Allah SWT terhadap mereka.

7-Umat Islam akan ditimpa dengan penyakit takut dan mengalah kepada musuh Allah SWT.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan