Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 13 Ogos 2012

G 56 SEPULUH Laluan pilihan yang wajib kita lalui

Berikut adalah laluan-laluan yang bakal ditempuh oleh manusia cara mengatasi laluan tersebut.

1. LALUAN MENUJU KE KUBUR
·         Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
·         Hindarkan perasaan irihati (benci)
·         Jangan terpengaruh dengan harta dunia
·         Sucikan qadha’ hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil)

2. LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL
·         Bersihkan diri dgn bertaubat
·         Gembirakan hati orang mukmin
·         Bayar semula kadha (solat & puasa) yang tertinggal
·         Kasih sepenuh hati pada Allah Taala

3. LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR
·         Mengucap dua kalimah syahadah
·         Suka memberi sedekah
·         Berkata Benar
·         Bersihkan dan perbaiki diri

4. LALUAN UNTUK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
·         Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
·         Sucikan perkataan dan pakaian
·         Bersyukur dengan yang sedikit
·         Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah swt

5. LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
·         Jauhkan perkataan sia-sia
·         Pendekkan cita-cita dunia
·         Banyakkan puji pujian kepada Allah swt
·         Banyakkan sedekah dan khairat

6. LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM
·         Kasihanilah aulia Allah Taala
·         Berbaktilah pada ibu bapa
·         Berpegang teguh pada hukum syarak
·         Bercakap perkataan yang baik sesama manusia

7. LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
·         Banyakkan membaca Al-Quran
·         Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
·         Tinggalkan perkara yang maksiat
·         Jauhkan segala yang haram

8. LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
·         Membuat kebajikan seberapa yang boleh
·         Kasihi orang yang soleh
·         Kerjakan segala suruhan Allah swt
·         Merendahkan diri di antara sesama makhluk

9. LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD SAW
·         Kasihilah nabi Allah Taala
·         Kasihilah Rasullullah saw
·         Tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala
·         Banyakkan selawat ke atas Nabi S.A.W

10. LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
·         Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala
·         Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala
·         Betulkan dan baikkan iktikad kepada Allah Taala
·         Bencikan segala yang diharamkan Nya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan