Hampir
kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah
“Sembahyang” yang merujuk kepada “Solat.” Tetapi pada hakikatnya, istilah
“Sembahyang” mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur “Syirik.”
Professor
Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan “Sembahyang.”
Katanya; “Sembahyang di ambil daripada perkataan “Sembah” dan “Hyang” yang
merujuk kepada nama dewa – dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu
kala. “Sembahyang” juga diertikan sebagai “menyembah berhala yang bernama Hyang.”
Dua pakar
Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan
bahawa istilah “Sembahyang” merujuk kepada “menyembah dewa yang bernama Hyang.”
Orang
Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke
Gereja menggunakan istilah “Sembahyang,” terserahlah kepada mereka, kerana
memang terdapat unsur “Syirik” dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak
sesuai sekiranya, “Solat” juga diistilahkan sebagai “Sembahyang”, yang mana
pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada “menyembah dewa bernama Hyang.”
Kalau
boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk
menunaikan Solat Subuh. “nak, bangun!. pergi “Sembahyang Subuh,” kepada “nak,
bangun!. Pergi “Solat Subuh.” Solat lebih tepat istilahnya.
Mungkin
sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang
remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama
dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil
perhatian akan hal seperti ini.
SEBARKAN
. . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.
Rujukan :
http://latahzan00.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan