1. Janganlah memandang kecil kesalahan (dosa) tetapi pandanglah kepada
siapa yang kamu durhakai.
(HR. Aththusi)
2. Perbuatan dosa mengakibatkan sial terhadap orang yang bukan
pelakunya. Kalau dia mencelanya maka boleh terkena ujian (cubaan). Kalau menggunjing(mengumpat/mengata)nya dia
berdosa dan kalau dia menyetujuinya maka seolah-olah dia ikut melakukannya.
(HR. Ad-Dailami)
(HR. Ad-Dailami)
3. Demi yang jiwaku dalam
genggamanNya. Tiada dua
orang saling mengasihi lalu bertengkar dan berpisah kecuali kerana akibat dosa
yang dilakukan oleh salah seorang dari keduanya.
(HR. Ad-Dailami)
(HR. Ad-Dailami)
4. Celaka orang yang banyak zikrullah dengan lidahnya tapi bermaksiat
terhadap Allah swt dengan perbuatannya.
(HR. Ad-Dailami)
(HR. Ad-Dailami)
5. Barangsiapa mencari pujian manusia dengan bermaksiat terhadap Allah
swt maka orang-orang yang memujinya akan berbalik mencelanya.
(Ibnu Hibban)
(Ibnu Hibban)
6. Tiada sesuatu yang dapat menolak takdir kecuali doa, dan tiada yang
dapat menambah umur kecuali amal kebajikan. Sesungguhnya seorang diharamkan rezeki baginya
disebabkan dosa yang diperbuatnya.
(HR. Tirmidzi dan Al Hakim)
(HR. Tirmidzi dan Al Hakim)
7. Tiada seorang hamba ditimpa musibah baik di atasnya mahupun di
bawahnya melainkan sebagai akibat dosanya. Sebenarnya Allah swt telah memaafkan banyak
dosa-dosanya. Lalu Rasulullah membacakan ayat 30 dari surat Asy Syuura yang
berbunyi :
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri. Dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”
(Mashabih Assunnah)
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri. Dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”
(Mashabih Assunnah)
8. Apabila suatu kesalahan diperbuat di muka bumi maka orang yang
melihatnya dan tidak menyukainya seolah-olah tidak hadir di tempat, dan orang
yang tidak melihat terjadinya perbuatan tersebut tapi rela maka seolah-olah dia
melihatnya.
(HR. Abu Daud)
(HR. Abu Daud)
9. Barangsiapa meninggalkan maksiat terhadap Allah swt kerana takut
kepada Allah swt maka ia akan memperoleh keredhaan Allah swt. (HR. Abu Ya’la)
10. Jangan mengkafirkan orang yang solat kerana perbuatan dosanya
meskipun (pada kenyataannya) mereka melakukan dosa besar. Solatlah di belakang tiap imam dan
berjihadlah bersama tiap penguasa. (HR. Ath-Thabrani)
11. Jangan menyiksa dengan siksaan Allah swt (ertinya:
menyiksa dengan api).
(HR. Tirmidzi dan Al-Baihaqi)
(HR. Tirmidzi dan Al-Baihaqi)
12. Apabila Allah swt menghendaki kebaikan bagi seseorang maka
dipercepat tindakan hukuman atas dosanya (di dunia) dan jika Allah swt
menghendaki bagi hambanya keburukan maka disimpan dosanya sampai dia harus
menebusnya pada hari kiamat.
(HR. Tirmidzi dan Al-Baihaqi)
(HR. Tirmidzi dan Al-Baihaqi)
13. Apabila kamu menyaksikan pemberian Allah swt dari material dunia
atas perbuatan dosa menurut kehendakNya, maka sesungguhnya itu adalah uluran
waktu dan penangguhan tempoh belaka.
Kemudian Rasulullah Saw membaca firman Allah Swt dalam surat Al An’am ayat 44 :
“Maka tatkala mereka melupakan
peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua
pintu-pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan
apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan
sekonyong-konyong, maka ketika itu, mereka terdiam berputus asa.”
(HR. Ahmad dan Ath-Thabrani)
14. Sayyidina Ali Ra berkata: “Rasulullah
menyuruh kami bila berjumpa dengan ahli maksiat agar kami berwajah masam.”
(HR. Ath-Thahawi)
(HR. Ath-Thahawi)
15. Bagaimana kamu apabila dilanda
lima perkara? Kalau aku (Rasulullah Saw), aku berlindung kepada Allah swt agar
tidak menimpa kamu atau kamu mengalaminya.
(1) Jika perbuatan mesum(buruk/kotor) dalam suatu kaum sudah dilakukan
terang-terangan maka akan timbul wabak dan penyakit-penyakit yang belum pernah
menimpa orang-orang terdahulu.
(2) Jika suatu kaum menolak mengeluarkan zakat maka Allah swt akan
menghentikan turunnya hujan. Kalau bukan kerana binatang-binatang ternak tentu
hujan tidak akan diturunkan sama sekali.
(3) Jika suatu kaum mengurangi takaran dan timbangan maka Allah swt
akan menimpakan paceklik beberapa waktu, kesulitan pangan dan kezaliman
penguasa.
(4) Jika penguasa-penguasa mereka melaksanakan hukum yang bukan dari
Allah swt maka Allah swt akan menguasakan musuh-musuh mereka untuk memerintah
dan merampas harta kekayaan mereka.
(5) Jika mereka menyia-nyiakan Kitabullah dan sunah Nabi maka Allah
swt menjadikan permusuhan di antara mereka.
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)
16. Tiada seorang berzina selagi dia mukmin, tiada seorang mencuri
selagi dia mukmin, dan tiada seorang minum khamr pada saat minum dia mukmin.
(Mutafaq’alaih)
(Mutafaq’alaih)
Penjelasan:
Ketika seorang berzina, mencuri dan minum khamr maka pada saat itu dia bukan seorang mukmin.
Ketika seorang berzina, mencuri dan minum khamr maka pada saat itu dia bukan seorang mukmin.
17. Aku beritahukan yang terbesar dari
dosa-dosa besar. (Rasulullah Saw mengulangnya hingga tiga kali).
Pertama, mempersekutukan Allah.
Kedua, durhaka terhadap orang tua, dan
Ketiga, bersaksi palsu atau berucap palsu. (Ketika itu beliau sedang berbaring
kemudian duduk dan mengulangi ucapannya tiga kali, sedang kami mengharap beliau
berhenti mengucapkannya).
(Mutafaq’alaih)
(Mutafaq’alaih)
18. Rasulullah Saw melaknat orang yang mengambil riba, yang
menjalani riba dan kedua orang saksi mereka. Beliau bersabda: “Mereka semua sama (berdosanya).”
(HR. Ahmad)
(HR. Ahmad)
19. Ada empat kelompok orang yang pada pagi dan petang hari dimurkai
Allah swt. Para sahabat lalu bertanya, “Siapakah mereka itu, ya Rasulullah?”
Beliau lalu menjawab, “Lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang
menyerupai lelaki, orang yang menyetubuhi haiwan, dan orang-orang yang
homoseks.
(HR. Ahmad dan Ath-Thabrani)
(HR. Ahmad dan Ath-Thabrani)
20. Tiap minuman yang memabukkan adalah haram (baik sedikit mahupun banyak).
(HR. Ahmad)
(HR. Ahmad)
21. Allah swt menyukai keringanan-keringanan perintahNya (rukhsah)
dilaksanakan sebagaimana Dia membenci dilanggarnya laranganNya.
(HR. Ahmad)
(HR. Ahmad)
22. Ada tiga jenis orang yang diharamkan Allah swt masuk syurga, iaitu
pemabuk berat, pendurhaka terhadap kedua orang tua, dan orang yang merelakan
kejahatan berlaku dalam keluarganya
(ertinya, merelakan isteri atau anak perempuannya berbuat serong atau zina).
(HR. An-Nasaa’i dan Ahmad)
(HR. An-Nasaa’i dan Ahmad)
Rujukan :
http://sabdaislam.wordpress.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan