Kita semua tahu bahawa Hajar Aswad
hanyalah batu yang tidak memberikan mudarat atau manfaat, begitu juga dengan Kaabah,
ia hanyalah bangunan yang terbuat dari batu. Akan tetapi apa yang kita lakukan
dalam proses ibadah haji tersebut adalah sekadar mengikuti ajaran dan sunnah
Nabi SAW. Jadi apa yang kita lakukan bukanlah menyembah Batu, dan tidak juga
menyembah Kaabah.
Umar bin Khatab berkata “Aku tahu bahawa kau hanyalah batu,
kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu,
maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu.”
Allah swt memerintahkan
kita untuk Thawaf mengelilingi Kaabah dan Dia pula yang telah memerintahkan
untuk mencium Hajar Aswad. Rasulullah juga melakukan itu semua, dan tentu saja
apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah swt,
sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya :
“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa
nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan.”
(Surah An-Najm : ayat 53 )
Penelitian lainnya mengungkapkan bahawa
batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh mengambang di
air. Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak musium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu
tersebut bukan berasal dari sistem tata suria kita.
Teori Black Hole (lubang hitam) dikemukakan lebih dari 200 tahun yang
lalu. Pada 1783, ilmuwan John Mitchell mencetuskan teori mengenai kemungkinan
wujudnya sebuah lubang hitam setelah beliau meneliti dan mengkaji teori graviti
Isaac Newton.
Istilah “lubang hitam” pertama kali
digunakan oleh ahli fizik Amerika Syarikat, John Archibald Wheeler pada 1968.
Wheeler memberi nama demikian kerana lubang hitam tidak dapat dilihat, kerana
cahaya turut tertarik ke dalamnya sehingga kawasan di sekitarnya menjadi gelap.
Cara Kerjanya : Massa dari lubang hitam terus bertambah dengan cara
menangkap semua material berdekatannya. Semua material tidak boleh lari dari
jeratan lubang hitam jika melintas terlalu dekat. Jadi objek yang tidak boleh
menjaga jarak yang aman dari lubang hitam akan tersedut. Berlainan dengan
reputasi yang disandangnya saat ini yang menyatakan bahawa lubang hitam dapat
menyedut apa saja di sekitarnya, lubang hitam tidak dapat menyedut material
yang jaraknya sangat jauh dari dirinya. dia hanya boleh menarik material yang
lewat sangat dekat dengannya.
Hajar Aswad berasal dari syurga.
Batu ini pula yang menjadi asas pertama bangunan Kaabah, dan ia menghitam
akibat banyaknya dosa manusia yang melekat di sana pada saat mereka melakukan
pertaubatan. Tidakkah orang yang beriman merasa malu, jika hati mereka
menghitam akibat dosa yang telah dilakukan. Rasulullah saw bersabda
“Ketika Hajar
Aswad turun, keadaannya masih putih, lebih putih dari susu, lalu ia menjadi
hitam akibat dosa-dosa anak Adam.”
( Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877)
Jadi berdasarkan Hadist tersebut
Hajjar Aswad menyerap dosa-dosa manusia yang pernah menyentuhnya dan akan menjadi
saksi di akhirat nantinya. Hal ini memiliki kesamaan sifat dari Black Hole di
Alam Semesta.
“Kemudian akan
Kami tunjukkan tanda-tanda kekuasaan Kami pada alam dan dalam diri mereka,
sampai jelas bagi mereka bahawa ini adalah kebenaran.”
(Surah Anfusilat : ayat 53)
Radiasi dari Kaabah ini tak dapat
diketahui tanpa pesawat antariksa abad 20, membuktikan jika al Quran ialah
berasal dari ALLAH, & bukti al Quran mukjizat sepanjang masa. Kerana banyak
ayat yang baru dapat dibuktikan oleh peralatan terakhir, zaman terakhir.
Maka apakah mereka tidak memperhatikan al Quran? Kalau
kiranya al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat
pertentangan yang banyak di dalamnya.
(Surah 4, An-Nisaa’: ayat 82)
Sumber : Cahyaiman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan