Setiap orang memiliki
kemampuan, ruang dan potensi yang berbeza dalam menyampaikan agama ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA kepada manusia.
Ada orang yang memiliki
kefasihan dalam menyampaikan ceramah agama, namun dia tidak memiliki kemampuan
dari segi material dan kemahiran menulis buku-buku ilmiah.
Ada orang tidak mampu
menyampaikan Islam melalui pena dan lisannya, tetapi dia memiliki kemampuan
dari sudut harta dan kewangan.
Ada pula yang tidak
memiliki ke semua di atas akan tetapi dia memiliki semangat yang tinggi untuk
menyampaikan ajaran Islam kepada orang lain.
Siapa pun kita dan di mana
jua kita berada, sampaikanlah Islam sesuai dengan kadar kemampuan yang kita
miliki. Tak mampu dengan harta, lisan dan tulisan, memadai menzahirkan amal dan
akhlak Islami kepada orang ramai kerana ia juga aset penting dalam berdakwah.
Sama-samalah kita bersatu
meninggikan kalimat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA di muka bumi dengan
kemampuan, ruang dan potensi yang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berikan
kepada diri kita masing-masing.
Kuatnya umat Islam adalah
kerana perpaduan dan ikhlasnya mereka dalam mengagungkan syiar agama ALLAH
'AZZA WA JALLA.
Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan