Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 27 Disember 2018

T 16 : TUJUH JENIS PERSAHABATAN


Ada 7 (tujuh) macam persahabatan yang biasa kita temui, tapi hanya 1 yang tersisa sampai di akhirat.

1. “Ta’aruffan” adalah persahabatan yang terjalin kerana pernah berkenalan secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesen keretapi, halte, hospital, kaunter pejabat pos, ATM, bioskop dan sebagainya.

2. “Taariiihan” adalah persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu almamater, pernah kost bersama, diklat bersama dan sebagainya.

3. “Ahammiyyatan” adalah persahabatan yang terjalin kerana faktor kepentingan tertentu, seperti bisnes, politik, boleh jadi juga kerana ada mahunya dan sebagainya.

4. “Faarihan” adalah persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, tenis, berburu, memancing, dan sebagainya.

5. “Amalan” adalah persahabatan yang terjalin kerana satu profesion, misalnya sama-sama doktor, guru dan sebagainya.

6. “Aduwwan” adalah seolah sahabat tetapi musuh, di depan seolah baik tetapi sebenarnya hatinya penuh benci, menunggu, mengincar kejatuhan sahabatnya, “Bila engkau memperoleh nikmat, ia benci, bila engkau tertimpa musibah, ia senang.”
(QS 3:120).
Rasulullah mengajarkan doa, “Allahumma yaa ALLAH selamatkanlah hamba dari sahabat yang bila melihat kebaikanku ia sembunyikan, tetapi bila melihat keburukanku ia sebarkan.”

7. “Hubban Iimaanan” adalah sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam di penghujung malam, ia doakan sahabatnya.
Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Dari ke 7 macam persahabatan di atas, 1 – 6 akan sirna di akhirat, yang tersisa hanya ikatan persahabatan yang ke 7, iaitu persahabatan yang dilakukan kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA (QS 49:10),
“Teman-teman akrab pada hari itu (kiamat) menjadi musuh bagi yang lain, kecuali persahabatan kerana Ketaqwaan. (QS 43:67).
Selalu saling mengingatkan dalam kebaikan dan kesabaran.

Saudraku yang aku cintai kerana ALLAH.
"Sahabat, dengarkanlah sejenak...
Di riwayatkan, bahawa: Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu di dunia, mereka bertanya tentang sahabat mereka itu kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA,
"Yaa Rabb... Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia, solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."
Maka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman: "Pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabatmu yang di hatinya ada Iman walaupun hanya sebesar zarah."
(HR. Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd")

Al-Hasan Al-Bashri berkata:

"Perbanyaklah sahabat-sahabat mukminmu, kerana mereka memiliki syafaat pada hari kiamat."
Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukan aku nanti di syurga bersama kalian, maka bertanyalah kepada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tentang aku, "Wahai Rabb Kami.. HambaMu fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau. Maka masukkanlah dia bersama kami di syurgaMu.
"Sahabatku.......
Mudah-mudahan dengan ini, aku telah mengingatkanmu tentang
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, agar aku dapat bersamamu kelak di syurga dan meraih redaNya.
Yaa ALLAH.......
"Kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk, patuh dan taat kepada syariatMu.
Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat nanti denganMu.
Aamiin.
Terima kasih sahabat.... 
Semoga ALLAH mengumpulkan kita di dalam firdausNya.
Aamiin allahumma aamiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan