Pernah tak baca Kata Kata
Hamka yang mengatakan;
"Kalau hidup sekadar
hidup kera di rimba pun hidup. Kalau kerja sekadar kerja kerbau di sawah juga
bekerja."
Memetik daripada kalam
ALLAH yang telah pun membuat perbandingan manusia dengan binatang ternak.
Atau adakah engkau
menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau
sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan
(bawaan) mereka lebih sesat lagi.
(Al furqan : 44)
Daripada ayat di atas,
jelas ALLAH memberi perumpaan yang sangat tepat dan malah menekankan bahawa
lebih teruk lagi manusia itu daripada binatang ternak kerana apa?
1. Tidak mendengar dan memahami
apa yang telah disuruh oleh ALLAH kepada Sekalian manusia.
Iaitu suruhan utama untuk mentauhidkan ALLAH dan menjalankan SyariatNya.
Iaitu suruhan utama untuk mentauhidkan ALLAH dan menjalankan SyariatNya.
Binatang ternak ini adalah
makhluk yang tidak dipertanggungjwbkan untuk melaksanakan suruhan ALLAH kerana
tidak mempunyai akal yang sempurna.
Malah perlakuannya juga sama sahaja setiap hari kalau lembu itu makanannya rumput maka rumputlah yang dimakannya sehingga kiamat, dan juga lembu tidak solat.
tidak perlu mengucap. Tidak perlu mensyariatkan suruhan ALLAH.
Malah perlakuannya juga sama sahaja setiap hari kalau lembu itu makanannya rumput maka rumputlah yang dimakannya sehingga kiamat, dan juga lembu tidak solat.
tidak perlu mengucap. Tidak perlu mensyariatkan suruhan ALLAH.
Maka ALLAH memberikan
perumpaan manusia yang tidak mahu membesarkan ALLAH dalam kehidupan, tidak
melaksanakan syariat ALLAH.
buat-buat tak dengar dan buat-buat tak faham apa ALLAH sampaikan di dalam al Quran maka selayaknya mendapat gelaran lebih sesat daripada binatang ternak.
Nauzubillah.
buat-buat tak dengar dan buat-buat tak faham apa ALLAH sampaikan di dalam al Quran maka selayaknya mendapat gelaran lebih sesat daripada binatang ternak.
Nauzubillah.
“Dan sesungguhnya Kami
jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati
(tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai
mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang
mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat);
mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka
itulah orang-orang yang lalai.”
(Al a'raf 179)
Ciri-ciri yang ALLAH telah
nyatakan lagi lebih sesat daripada binatang ternak.
1. Hati tidak mahu faham
ayat-ayat ALLAH.
2. Mata tidak mahu melihat keesaan ALLAH.
3.Telinga tidak mahu mendengar ajaran dan nasihat.
Subhanallah, mohon jauh yaa
ALLAH.
Ada hati tetapi masih bolak
balik dan tidak faham-faham ayat ALLAH.
Ada mata masih lagi melihat
manusia yang punya angkara. Masih merungut tak tentu hala. Masih lagi tidak
mahu melihat segalanya adalah di dalam ketentuan takdirnya.
Ada telinga tetapi masih
lagi ingkar dengan suruhan ALLAH. Masih lagi bersoal-soal untuk melaksanakan
setiap yang telah ALLAH suruh di dalam Al Quran.
Makanya, itulah selayaknya
manusia ini digelar binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi.
Nauzubillah.
Wallahua'lam.
Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan