Ahlus Sunnah wal Jamaah atau Salafush Sholih(generasi terbaik dari umat Islam)
bukan hanya mengajarkan prinsip dalam berakidah saja, namun Ahlus Sunnah wal
Jamaah juga bagaimanakah berakhlak yang mulia.
Itulah yang diajarkan oleh Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam dalam haditsnya,
إِنَّمَا
بُعِثْتُ لأُتَمِّمَ صَالِحَ الأَخْلاَقِ
“Sesungguhnya aku diutus
untuk menyempurnakan baiknya akhlak.”
(HR. Ahmad 2/381, shahih)
Dalam suatu hadits shahih, Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam memanjatkan doa,
اللّهُمَّ
اهْدِنِى لأَحْسَنِ الأَخْلاَقِ لاَ يَهْدِى لأَحْسَنِهَا إِلاَّ أَنْتَ
“Allahummah-diinii
li-ahsanil akhlaaqi, laa yahdi li-ahsaniha illa anta (Ya Allah, tunjukilah
padaku akhlak yang baik. Tidak ada yang dapat menunjuki pada baiknya
akhlak tersebut kecuali Engkau)”
(HR. Muslim no. 771).
Maka sungguh sangat aneh jika ada yang mengklaim
dirinya sebagai Ahlus Sunnah, namun jauh dari akhlak yang mulia. Jika ia
menyatakan dirinya mengikuti para salaf (generasi terbaik umat ini), tentu saja
ia tidak boleh mengambil sebahagian ajaran mereka saja. Akhlaknya harus
bersesuaian dengan para salaf. Namun sayang seribu sayang, prinsip yang satu
inilah yang jarang diperhatikan. Kadang yang menyatakan dirinya Ahlus Sunnah
malah dikenal bengis, dikenal kasar, dikenal selalu bersikap keras. Sungguh
klaim hanyalah sekadar klaim. Apa manfaatnya klaim jika tanpa bukti?
Di antara bukti pentingnya akhlak di sisi para
salaf –Ahlus Sunnah wal Jamaah-, mereka menjadikan masalah akhlak sebagai ushul
(pokok) akidah dan mereka memasukkannya dalam permasalahan akidah. Di antara
ajaran akhlak tersebut adalah:
[Pertama: Selalu mengajak pada yang makruf dan
melarang dari yang mungkar]
Ahlus Sunnah mengajak pada yang makruf (kebaikan)
dan melarang dari kemungkaran. Mereka meyakini bahawa baiknya umat Islam adalah
dengan tetap adanya ajaran amar makruf yang barokah ini. Perlu diketahui bahawa
amar makruf merupakan bagian dari syariat Islam yang paling mulia. Amar makruf
inilah yang merupakan sebab terjaganya jamaah kaum muslimin. Amar makruf adalah
suatu yang wajib sesuai kemampuan dan dilihat dari maslahat dalam beramar
makruf. Mengenai keutamaan amar makruf nahi mungkar, Allah Taala berfirman,
كُنْتُمْ
خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ
عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
“Kamu adalah umat yang
terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan
mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.”
(QS. Ali Imran: 110)
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga
bersabda,
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا
فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ
يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإِيمَانِ
“Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran
hendaklah ia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu,
hendaklah mencegahnya dengan lisan. Jika tidak mampu juga, hendaklah ia
mencegahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.”
(HR. Muslim no. 49)
[Kedua: Mendahulukan sikap lemah lembut dalam
berdakwah dan amar makruf nahi mungkar]
Ahlus Sunnah wal Jamaah berprinsip bahawa hendaknya
lebih mendahulukan sikap lemah lembut ketika amar makruf nahi mungkar,
hendaklah pula berdakwah dengan sikap hikmah dan memberi nasihat dengan cara
yang baik. Allah Taala berfirman,
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ
بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan
hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.”
(QS. An Nahl: 125)
[Ketiga: Sabar ketika berdakwah]
Ahlus Sunnah meyakini wajibnya bersabar dari
kelakukan jahat manusia ketika beramar makruf nahi mungkar. Hal ini kerana
mengamalkan firman Allah Taala,
وَأْمُرْ
بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ
مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
“Dan suruhlah (manusia)
mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan
bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu
termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).”
(QS. Luqman: 17)
[Keempat: Tidak ingin kaum muslimin berselisih]
Ahlus Sunnah ketika menegakkan amar makruf nahi
mungkar, mereka punya satu prinsip yang selalu dipegang iaitu menjaga keutuhan
jamaah kaum muslimin, menarik hati setiap orang, menyatukan kalimat (di atas
kebenaran), juga menghilangkan perpecahan dan perselisihan.
[Kelima: Memberi nasihat kepada setiap muslim
kerana agama adalah nasihat]
Ahlus Sunnah wal Jamaahpun punya prinsip untuk
memberi nasihat kepada setiap muslim serta saling tolong menolong terhadap
sesama dalam kebaikan dan takwa. Hal ini kerana Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda,
«
الدِّينُ النَّصِيحَةُ » قُلْنَا لِمَنْ قَالَ « لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ
وَلِرَسُولِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ ».
“Agama adalah nasihat. Kami
berkata, “Kepada siapa?” Beliau menjawab, “Kepada Allah, kepada kitab-Nya,
kepada Rasul-Nya dan kepada pemimpin kaum muslimin serta kaum muslimin secara
umum.”
(HR. Muslim no. 55)
[Keenam: Bersama pemerintah kaum muslimin dalam
beragama]
Ahlus Sunnah wal Jamaah juga menjaga tegaknya
syariat Islam dengan menegakkan solat Jumaat, solat Jamaah, menunaikan haji,
berjihad dan berhari raya bersama pemimpin kaum muslimin baik yang taat pada
Allah sawt dan yang fasik. Prinsip ini jauh berbeda dengan prinsip ahlu bidaah.
[Ketujuh: Bersegera melaksanakan shalat wajib dan
khusyu di dalamnya]
Ahlus Sunnah punya prinsip untuk bersegera
menunaikan solat wajib, mereka semangat menegakkan solat wajib tersebut di awal
waktu bersama jamaah. Solat di awal waktu itu lebih utama daripada solat di
akhir waktu kecuali untuk solat Isyak. Ahlus Sunnah pun memerintahkan untuk
khusyuk dan thuma’ninah (bersikap tenang) dalam solat. Mereka mengamalkan
firman Allah Taala,
قَدْ
أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (1) الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ (2)
“Sesungguhnya beruntunglah
orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.”
(QS. Al Mu’minun: 1-2)
[Kelapan: Semangat melaksanakan qiyamul lail]
Ahlus Sunnah wal Jamaah saling menyemangati
(menasihati) untuk menegakkan qiyamul lail (solat malam) kerana amalan ini
adalah di antara petunjuk Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam. Solat
inipun yang diperintahkan oleh Allah kepada Nabinya shallallahu ‘alaihi
wa sallam dan beliau pun bersemangat untuk taat kepada Allah Taala.
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia menceritakan bahawa Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam biasa menunaikan solat malam. Sampai kakinyapun
terlihat memerah (pecah-pecah). ‘Aisyah mengatakan, “Kenapa engkau melakukan
seperti ini wahai Rasulullah, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang
lalu dan akan datang?”. Beliau lantas mengatakan,
أَفَلاَ أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا
“(Pantaskah aku meninggalkan tahajjudku?) Jika
aku meninggalkannya, maka aku bukanlah hamba yang bersyukur.”
(HR. Bukhari no. 4837)
[Kesembilan: Tegar menghadapi ujian]
Ahlus Sunnah wal Jamaah tetap teguh ketika mereka
mendapatkan ujian, iaitu bersabar dalam menghadapi musibah. Merekapun bersyukur
ketika mendapatkan kelapangan. Mereka redha dengan takdir yang terasa pahit.
Mereka sentiasa mengingat firman Allah Taala,
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ
أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah
yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”
(QS. Az Zumar: 10).
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ
عِظَمِ الْبَلاَءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلاَهُمْ فَمَنْ
رَضِىَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ
“Sesungguhnya ujian yang berat akan mendapatkan
pahala (balasan) yang besar pula. Sesungguhnya Allah jika ia mencintai suatu
kaum, pasti Allah akan menguji mereka. Barangsiapa yang redha, maka Allahpun
redha padanya. Barangsiapa yang murka, maka Allahpun murka padanya.”
(HR. Tirmidzi no. 2396, hasan shahih)
[Kesepuluh: Tidak mengharap-harap datangnya
musibah]
Ahlus Sunnah tidaklah mengharap-harap datangnya
musibah. Mereka pun tidak meminta pada Allah agar didatangkan musibah. Kerana
mereka tidak tahu, apakah nantinya mereka termasuk orang-orang yang bersabar
ataukah tidak. Akan tetapi, jika musibah tersebut datang, mereka akan bersabar.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لاَ
تَتَمَنَّوْا لِقَاءَ الْعَدُوِّ ، وَسَلُوا اللَّهَ الْعَافِيَةَ ، فَإِذَا
لَقِيتُمُوهُمْ فَاصْبِرُوا
“Janganlah kalian
mengharapkan bertemu dengan musuh tapi mintalah kepada Allah keselamatan. Dan
bila kalian telah berjumpa dengan musuh bersabarlah.” (HR. Bukhari no. 2966 dan Muslim no. 1742)
[Kesebelas: Tidak berputus asa dari pertolongan
Allah swt ketika menghadapi cubaan]
Ahlus Sunnah wal Jamaah tidak berputus asa dari
rahmat Allah swt ketika mereka mendapati cubaan. Kerana Allah Taala melarang
seseorang untuk berputus asa. Akan tetapi pada saat tertimpa musibah, mereka
terus berusaha untuk mencari jalan keluar dan pertolongan Allah swt yang pasti
datang. Mereka tahu bahawa di sebalik kesulitan ada kemudahan yang begitu
dekat. Mereka pun sentiasa introspeksi diri, merenungkan mengapa musibah
tersebut boleh terjadi. Mereka senantiasa yakin bahawa berbagai musibah itu
datang hanyalah kerana sebab kelakuan buruk dari tangan-tangan mereka (iaitu
kerana maksiat yang mereka perbuat). Mereka tahu bahawa pertolongan boleh jadi
tertunda (diakhirkan) kerana sebab maksiat yang dilakukan atau mungkin kerana
ada kekurangan dalam mengikuti petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam. Kerana Allah Taala berfirman,
وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ
فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ
“Dan apa saja musibah yang
menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri.”
(QS. Asy Syura: 30).
Ahlus Sunnah tidak bersandar pada sebab-sebab yang
baru muncul, kejadian duniawi atau bersandar pada peristiwa-peristiwa alam
ketika mendapat ujian dan menanti datangnya pertolongan. Mereka tidak begitu
tersibukan dengan memikirkan sebab-sebab tadi. Mereka sudah memandang
sebelumnya bahawa takwa kepada AllahTaala, memohon ampun
(istighfar) dari segala macam dosa dan bersandar pada Allah swt serta bersyukur
ketika lapang adalah sebab terpenting untuk keluar segera mendapatkan
kelapangan dari kesempitan yang ada.
[Keduabelas: Tidak kufur nikmat]
Ahlus Sunnah wal Jamaah begitu khuatir dengan
akibat dari kufur dan pengingkaran terhadap nikmat. Oleh kerana itu, Ahlus
Sunnah adalah orang yang begitu semangat untuk bersyukur pada Allah swt. Mereka
sentiasa bersyukur atas segala nikmat, yang kecil ataupun yang besar.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
انْظُرُوا
إِلَى مَنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلاَ تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَهُوَ
أَجْدَرُ أَنْ لاَ تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ
“Pandanglah orang yang
berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau pandang
orang yang berada di atasmu. Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak
meremehkan nikmat Allah padamu.”
(HR. Muslim no. 2963)
[Ketigabelas: Selalu menghiasi diri dengan akhlak
yang mulia]
Ahlus Sunnah selalu menghiasi diri dengan akhlak
yang mulia dan baik. Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا
أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا
“Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang
baik akhlaknya.”
(HR. Tirmidzi no. 1162, Abu Daud no. 4682 dan Ad
Darimi no. 2792, hasan shahih)
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga
bersabda,
إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَىَّ وَأَقْرَبِكُمْ
مِنِّى مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلاَقًا
“Sesungguhnya di antara orang yang paling aku
cintai dan yang tempat duduknya lebih dekat kepadaku pada hari kiamat ialah
orang yang bagus akhlaknya.”
(HR. Tirmidzi no. 2018, shahih)
إِنَّ الْمُؤْمِنَ لَيُدْرِكُ
بِحُسْنِ خُلُقِهِ دَرَجَةَ الصَّائِمِ الْقَائِمِ
“Sesungguhnya seorang mukmin akan mendapatkan
kedudukan ahli puasa dan solat dengan ahlak baiknya.”
(HR. Abu Daud no. 4798, shahih)
مَا مِنْ شَىْءٍ يُوضَعُ فِى
الْمِيزَانِ أَثْقَلُ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ وَإِنَّ صَاحِبَ حُسْنِ الْخُلُقِ
لَيَبْلُغُ بِهِ دَرَجَةَ صَاحِبِ الصَّوْمِ وَالصَّلاَةِ
“Tidak ada yang lebih berat dalam timbangan
daripada akhlak yang baik, dan sesungguhnya orang yang berakhlak baik akan
mencapai darjat orang yang berpuasa dan solat.”
(HR. Tirmidzi no. 2003, shahih)
Semoga yang singkat ini bermanfaat.
Referensi: Min Akhlaq Salafish Sholih, ‘Abdullah bin ‘Abdul Hamid Al Atsari, Dar Ibnu Khuzaimah.
Rujukan :
http://rumaysho.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan