Semoga ia beroleh manfaat dan sentiasa
mempertingkatkan mutu ibadah kepada Allah Taala.
Antara gangguan itu adalah:
1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram
Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu
Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah
atau belum sah.
Sehingga dia mengulanginya sekali lagi
dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam
hampir rukuk.
Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang
banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau
saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was
itu membuat mereka terseksa.
2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca
bacaan dalam solat.
Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.
“Apabila kamu berasakan kehadirannya,
ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan
hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku”
(Hadis Riwayat Muslim).
3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan
Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan
Abu Hurairah berkata, “Rasulullah
bersabda yang bermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan
berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.
Apabila muazin selesai azan, ia kembali
lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia
kembali lagi.
Ia akan selalu bersama orang yang solat
seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga
orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.”
(Hadis Riwayat Bukhari).
5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat(Gopoh)
Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu
datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang
menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan
sesuatu pada tempatnya.
Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah.
Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah
memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.
Rasulullah bersabda kepadanya,
“Apabila kamu solat, bertakbirlah
(takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu
rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada
rukuk sampai kamu tegak berdiri.
Kemudian sujudlah sampai kamu
benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat
solatmu.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
6) Melakukan gerakan yang tidak perlu
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain
kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu
Umar segera menegurnya selepas solat.
“Jangan bermain kerikil ketika solat
kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang
dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian
Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk
menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang
dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar
(Hadis Riwayat Tirmidzi).
7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika
solat
Sedar atau tidak, jika seseorang itu
melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana
itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat
sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan
Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika
solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang
hamba.”
(Hadis Riwayat Bukhari).
8) Menguap dan mengantuk
Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu
daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.”
(Hadis Riwayat Thabrani).
Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya
daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh.
Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
9) Bersin berulang kali ketika solat
Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan
solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap
dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).
Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak
disenangi Allah swt adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar
solat itu tetap disenangi Allah swt. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang
ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”
10) Terasa ingin buang angin atau buang air
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya.”
(Hadis Riwayat Muslim).
Berbahagialah orang Muslim yang selama
ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka.
Semoga kita semua dibebaskan Allah swt daripada gangguan berkenaan.
Bagi yang berasakan gangguan itu,
sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan
syaitan terkutuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan