Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 5 Ogos 2012

F 20 SEPULUH PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIBELI DENGAN DUIT

Wang, sesiapapun memerlukan wang. Orang Dewasa, Remaja bahkan anak–anak kecil sekalipun kenal dengan benda yang namanya wang. Memang wang penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak mungkin dapat memenuhi keperluan hidup. Wang membuat sebahagian orang boleh melakukan banyak hal daripada orang yang tidak memilikinya. Tetapi seberapapun pentingnya wang, masih ada hal yang tidak boleh dibeli dengan wang.

1. Waktu

Wang tidak akan boleh mengembalikan waktu yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka waktu 24 jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Kerana itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.

2. Kebahagiaan

Memang kedengarannya aneh, Tetapi inilah kenyataannya. Wang memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh membiayai hiburan mewah, memberi laptop dengan fasilitasi yang sangat modern, atau lain-lain kemewahan. Tapi wang tidak boleh menghadirkan kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita.

3. Kebahagiaan Anak

Untuk membelikan makan dan pakaian yang bagus–bagus untuk anak tercinta memang memerlukan wang. Tapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberi rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini merupakan buah dari waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan hal – hal baik yang anda ajarkan. Wang memang membantu kita memenuhi aspek pengasuhan, tapi waktu telah membuktikan bahwa keperluan dasar tiap anak adalah berapa banyak waktu yang diberikan orangtuanya, bukan orangnya.

4. Cinta

Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan wang kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang menikah kerana wang, tak bertahan lama.

5. Penerimaan

Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan, Anda tak perlukan wang. Bila Anda ingin diterima, fokuskan tenaga Anda untuk membuat diri Anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan

Kita perlukan wang untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi wang tak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati sebaiknya kita terapkan. Mulailah berolahraga, berhenti merokok, dan banyak hal lain yang pasti sudah Anda tahu.

7. Kesuksesan

Beberapa orang memang ada yang mencapai kesuksesan dengan menyuap, tapi ini adalah pengecualian. Kesuksesan hanya berasal dari kerja keras, kemauan, dan sedikit kemujuran. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan wang, misalnya mengikuti pelatihan atau membeli peralatan, tapi sukses lebih banyak berasal dari usaha yang Anda lakukan sendiri.

8. Bakat

Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan wang, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar musik. Namun para ahli mengatakan, untuk menjadi ahli di bidangnya, kita memerlukan bakat.

9. Sikap yang baik

Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar dan ucapannya sinis. Tak sedikit orang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah wang yang dimiliki bukan penentu sikap atau manner seseorang.

10. Kedamaian

Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Justeru yang sering terjadi sebaliknya, wanglah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.


Sumber : Berita Indonesia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan