Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 5 Ogos 2012

F 12 RAHSIA PENYEMBELIHAN SECARA ISLAM TERBONGKAR

HIKMAH MEMBACA BISMILLAH DAN TAKBIR KETIKA MENYEMBELIH

Sebuah pasukan dari peneliti senior dan Profesor universiti di negeri Suriah sampai pada suatu penemuan ilmiah yang menunjukkan bahawa ada perbezaan besar dalam hal perkembangbiakan mikrob antara daging yang dibacakan takbir ketika disembelih dengan daging yang tidak dibacakan.

Pasukan medis yang terdiri dari 30 Profesor spesialis di berbagai bidang yang berbeza dalam ilmu kedoktoran laboratorium, bakteria, virus, dan ilmu pengetahuan gizi dan kesihatan daging dan patologi anatomi, kesihatan haiwan dan penyakit pada sistem pencernaan melakukan penelitian biologi dan anatomi selama tiga tahun. Penelitian itu untuk mempelajari perbezaan antara sembelihan yang dibacakan nama Allah (Bismillah) dan membandingkannya dengan sembelihan yang disembelih dengan cara yang sama, akan tetapi tanpa menyebut nama Allah (Bismillah).

Dan penelitian tersebut telah menunjukkan pentingnya dan perlunya menyebutkan nama Allah (Bismillahi Allahu Akbar) ketika menyembelih binatang ternak dan burung. Dan hasil penelitian itu sungguh mengejutkan dan menghairankan dan yang digambarkan oleh anggota pasukan perubatan sebagai sebuah Mukjizat (keajaiban) yang tidak boleh digambarkan dan dikhayalkan. Penanggung jawab Humas dari penelitian ini iaitu Dr.Khalid Halawah berkata bahawa uji cuba laboratorium membuktikan bahawa serat daging yang disembelih tanpa Bismillah dan Takbir selama ujian serat dan perkembangbiakan bakteria ini penuh dengan kuman dan darah yang tertahan dalam daging, sementara daging yang disembelih dengan Bismillah dan Takbir benar-benar bebas dari bakteria dan steril tidak mengandung darah yang tersisa/tertahan. Dan Halawah mendeskripsikan dalam pembicaraannya kepada kantor berita Kuwait (KUNA) bahawa penemuan ini merupakan revolusi ilmiah besar di bidang kesihatan manusia dan keselamatannya yang terkait dengan kesihatan apa wang dia konsumsi berupa daging binatang ternak. Dan yang telah terbukti dengan secara pasti bahawa daging tersebut bersih dan steril dari kuman dengan membacakan Bismillah dan Takbir ketika menyembelihnya.

Sementara itu, kata peneliti Abdul Qadir al-Dirani bahawa ketidaktahuan orang-orang di zaman kita terhadap Hikmah yang tersembunyi di balik penyebutan Bismillah ketika menyembelih menyebabkan manusia mengabaikan dan enggan untuk menyebutkan Bismillah dan Takbir ketika melakukan penyembelihan binatang ternak dan burung. Dia berkata :“Yang mendorong saya untuk mempersembahkan tema/pembahasan ini dalam gaya bahasa akademi yang ilmiah, yang membangun erti penting dan keseriusan persoalan ini masyarakat, adalah berdasarkan apa yang dijelaskan oleh Profesor Muhammad Amin Syaikhu dalam kajian beliau tentang al Quran dan apa yang beliau sampaikan dan kami dengar bahawa daging sembelihan yang tidak disebutkan nama Allah (Bismillah) maka di dalamnya ada darah yang tersisa/tertahan serta tidak terbebas dari bakteria dan kuman.”

Dia menyebutkan bahawa Allah Subhanahu wa Taala telah memerintahkan manusia untuk membaca Bismillah ketika menyembelih binatang, Dia Yang Mahakuasa berfirman dalam Surat al An'aam:
“فكلوا مما ذكر اسم الله عليه ان كنتم باياته مؤمنين ” (ايه 118)

“Maka makanlah binatang-binatang (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatNya.” 
(Surah 6, Al An’aam : ayat 118)

Dia Yang Mahamulia berfirman :
“ولا تأكلوا مما لم يذكر اسم الله عليه وانه لفسق “

“Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan." 
(Surah 6, Al An’aam : ayat 121)

Dia juga berfirman :
وأنعام لايذكرون اسم الله عليها افتراء عليه” (ايه 138)

“Dan binatang ternak yang mereka tidak menyebut nama Allah di waktu menyembelihnya, semata-mata membuat-buat kedustaan terhadap Allah." 
(Surah 6, Al An’aam : ayat 138)

(Sumber: Diterjemahkan dengan perubahan dari ” هل تعلمون لماذا نقول بسم الله والله اكبر على الذبائح؟ dari http://ejabat.google.com/ejabat/thread?tid=3c5628e170f34831 oleh Abu Yusuf Sujono)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan