Alhamdulillah
wa shalaatu wa salaamu ’ala Rosulillah wa ’ala alihi wa shohbihi ajma’in.
Beberapa
kesempatan yang lalu Rumaysho.com memuat artikel mengenai tafsir dan fadhilah
surah Al Ikhlas. Pada kesempatan kali ini, kami akan membahas waktu yang
dianjurkan membaca surah Al Ikhlas. Semoga kita boleh mendapatkan keberkahan
dengan mengamalkannya.
Pertama:
waktu pagi dan petang hari.
Pada
waktu ini, kita dianjurkan membaca surah Al Ikhlas bersama dengan maw’idzatain
(surah Al Falaq dan surah An Naas) masing-masing sebanyak tiga kali. Keutamaan
yang diperoleh adalah: akan dijaga dari segala sesuatu (segala keburukan).
Daripada
Mu’adz bin Abdullah bin Khubaib daripada bapanya ia berkata,
خَرَجْنَا فِى لَيْلَةِ مَطَرٍ
وَظُلْمَةٍ شَدِيدَةٍ نَطْلُبُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لِيُصَلِّىَ
لَنَا فَأَدْرَكْنَاهُ فَقَالَ « أَصَلَّيْتُمْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا
فَقَالَ
« قُلْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا ثُمَّ قَالَ « قُلْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا
ثُمَّ قَالَ « قُلْ ». فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَقُولُ قَالَ « (قُلْ
هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ حِينَ تُمْسِى وَحِينَ تُصْبِحُ
ثَلاَثَ مَرَّاتٍ تَكْفِيكَ مِنْ كُلِّ شَىْءٍ »
Pada
malam hujan lagi gelap gulita kami keluar mencari Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam untuk solat bersama kami, lalu kami menemukannya.
Beliau bersabda, “Apakah kamu telah solat?” Namun sedikitpun aku tidak
berkata-kata. Beliau bersabda, “Katakanlah“. Namun sedikitpun aku tidak
berkata-kata. Beliau bersabda, “Katakanlah“. Namun sedikit pun aku tidak
berkata-kata. Kemudian beliau bersabda, “Katakanlah“. Hingga aku
berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang harus aku katakan?”
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Katakanlah
(bacalah surat) QUL HUWALLAHU AHAD DAN QUL A’UDZU BIRABBINNAAS DAN QUL A’UDZU
BIRABBIL FALAQ ketika petang dan pagi sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat
ini akn mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan.” (HR. Abu Daud no.
5082 dan An Nasai no. 5428. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)
Kedua:
sebelum tidur.
Pada
waktu ini, kita dianjurkan membaca surat Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas dengan
terlebih dahulu mengumpulkan kedua telapak tangan, lalu keduanya ditiup, lalu
dibacakanlah tiga surat ini. Setelah itu, kedua telapak tangan tadi diusapkan
pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah dan tubuh
bahagian hadapan. Cara seperti tadi diulang sebanyak tiga kali.
Daripada
‘Aisyah, beliau radhiyallahu ‘anha berkata,
أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه
وسلم – كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ
نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ) وَ ( قُلْ
أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ) ثُمَّ يَمْسَحُ
بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ
وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ
“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika berada di tempat
tidur di setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua
telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surat Al
Ikhlash), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surat Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin
naas’ (surat An Naas). Kemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangan tadi
pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh
bagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.”
(HR.
Bukhari no. 5017)
Ketiga:
ketika ingin meruqyah (membaca doa dan wirid untuk penyembuhan ketika sakit).
Bukhari
membawakan bab dalam shahihnya ‘Meniupkan bacaan ketika ruqyah’. Lalu
dibawakanlah hadits serupa di atas dan dengan cara seperti dijelaskan dalam
point kedua.
عَنْ عَائِشَةَ – رضى الله عنها – قَالَتْ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ نَفَثَ
فِى كَفَّيْهِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَبِالْمُعَوِّذَتَيْنِ جَمِيعًا ،
ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا وَجْهَهُ ، وَمَا بَلَغَتْ يَدَاهُ مِنْ جَسَدِهِ .
قَالَتْ عَائِشَةُ فَلَمَّا اشْتَكَى كَانَ يَأْمُرُنِى أَنْ أَفْعَلَ ذَلِكَ بِهِ
Dari
‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, dia berkata, “Apabila Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam hendak tidur, beliau akan meniupkan ke telapak
tangannya sambil membaca QUL HUWALLAHU AHAD (surat Al Ikhlas) dan Mu’awidzatain
(Surat An Naas dan Al Falaq), kemudian beliau mengusapkan ke wajahnya dan seluruh
tubuhnya. Aisyah berkata, “Ketika beliau sakit, beliau
menyuruhku melakukan hal itu (sama seperti ketika beliau hendak tidur, -pen).“
(HR. Bukhari no. 5748)
Jadi
tatkala meruqyah, kita dianjurkan membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq, An Naas
dengan cara: Terlebih dahulu mengumpulkan kedua telapak tangan lalu keduanya
ditiup lalu dibacakanlah tiga surah tersebut. Setelah itu, kedua telapak tangan
tadi diusapkan pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala,
wajah, dan tubuh bagian depan. Cara seperti ini diulang sebanyak tiga kali.
Keempat:
wirid selepas solat (sesudah salam).
Sesuai
solat dianjurkan membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas masing-masing
sekali. Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir, ia berkata,
أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ الْمُعَوِّذَاتِ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan
padaku untuk membaca mu’awwidzaat di akhir solat (sesudah salam).”
(HR. An Nasai no. 1336 dan Abu Daud no. 1523. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa
hadits ini shahih). Yang dimaksud mu’awwidzaat adalah
surah Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Hajar Al
Asqolani. (Fathul Bari, 9/62)
Kelima:
dibaca ketika mengerjakan solat sunnah fajar (qobliyah shubuh).
Ketika
itu, surah Al Ikhlas dibaca bersama surah Al Kafirun. Surah Al Kafirun dibaca
pada rakaat pertama setelah membaca Al Fatihah, sedangkan surah Al Ikhlas
dibaca pada rakaat kedua.
Daripada
Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda,
نِعْمَتِ السُّوْرَتَانِ يَقْرَأُ
بِهِمَا فِي رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الفَجْرِ : { قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ } وَ { قُلْ
يَا أَيُّهَا الكَافِرُوْنَ
“Sebaik-baik surah yang dibaca ketika dua rakaat qobliyah
subuh adalah Qul huwallahu ahad (surah Al Ikhlash) dan Qul yaa ayyuhal kaafirun
(surah Al Kafirun).” (HR. Ibnu Khuzaimah 4/273. Syaikh Al Albani mengatakan
dalam Silsilah Ash Shohihah bahawa hadits ini shahih. Lihat
As Silsilah Ash Shohihah no. 646). Hal ini juga dikuatkan dengan hadits Ibnu
Mas’ud yang akan disebutkan pada point berikut.
Keenam: dibaca
ketika mengerjakan solat sunnah ba’diah maghrib.
Ketika
itu, surah Al Ikhlas dibaca bersama surah Al Kafirun. Surah Al Kafirun dibaca
pada rakaat pertama setelah membaca Al Fatihah, sedangkan surah Al Ikhlas
dibaca pada rakaat kedua.
Abdullah
bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu mengatakan,
مَا أُحْصِى مَا سَمِعْتُ مِنْ
رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقْرَأُ فِى الرَّكْعَتَيْنِ بَعْدَ
الْمَغْرِبِ وَفِى الرَّكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الْفَجْرِ بِ (قُلْ يَا
أَيُّهَا الْكَافِرُونَ) وَ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
“Aku tidak dapat menghitung kerana sangat sering aku
mendengar bacaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca surat pada
solat dua raka’at ba’diyah maghrib dan pada solat dua rakaat qobliyah subuh
yaitu Qul yaa ayyuhal kafirun (surat Al Kafirun) dan qul huwallahu ahad (surat
Al Ikhlash).” (HR. Tirmidzi no. 431. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa
hadits ini hasan shahih)
Ketujuh: dibaca
ketika mengerjakan solat witir tiga rakaat.
Ketika
itu, surah Al A’laa dibaca pada rakaat pertama, surah Al Kafirun pada rakaat
kedua dan surahvAl Ikhlas pada rakaat ketiga.
Daripada
‘Abdul Aziz bin Juraij, beliau berkata, “Aku menanyakan pada ‘Aisyah
radhiyallahu ‘anha, surah apa yang dibaca oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wa sallam (setelah membaca Al Fatihah) ketika solat witir?”
‘Aisyah
menjawab,
كَانَ يُوتِرُ رَسُولُ اللَّهِ
-صلى الله عليه وسلم- قَالَتْ كَانَ يَقْرَأُ فِى الأُولَى بِ (سَبِّحِ اسْمَ
رَبِّكَ الأَعْلَى) وَفِى الثَّانِيَةِ بِ (قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ)
وَفِى الثَّالِثَةِ بِ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ.
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca pada raka’at
pertama: Sabbihisma robbikal a’la (surah Al A’laa), pada raka’at kedua: Qul yaa
ayyuhal kafiruun (surah Al Kafirun), dan pada rakaat ketiga: Qul huwallahu ahad
(surah Al Ikhlash) dan mu’awwidzatain (surah Al Falaq dan An Naas).”
(HR. An
Nasai no. 1699, Tirmidzi no. 463, Ahmad 6/227)
Dalam
riwayat yang lain disebutkan tanpa surah al mu’awwidzatain.
عَنْ أُبَىِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يُوتِرُ بِ (سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ
الأَعْلَى) وَ (قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ) وَ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ)
Daripada
Ubay bin Ka’ab, ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
biasanya melaksanakan solat witir dengan membaca Sabbihisma robbikal a’la
(surah Al A’laa), Qul yaa ayyuhal kafiruun (surah Al Kafirun), dan Qul
huwallahu ahad (surah Al Ikhlash).”
(HR. Abu
Daud no. 1423 dan An Nasai no. 1730)
Ibnu
Qudamah Al Maqdisi rahimahullah mengatakan,
وَحَدِيثُ عَائِشَةَ فِي هَذَا لَا
يَثْبُتُ ؛ فَإِنَّهُ يَرْوِيهِ يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ ، وَهُوَ ضَعِيفٌ .وَقَدْ
أَنْكَرَ أَحْمَدُ وَيَحْيَى بْنُ مَعِينٍ زِيَادَةَ الْمُعَوِّذَتَيْنِ .
“Hadits ‘Aisyah tidaklah shahih. Di dalamnya ada seorang perowi
bernama Yahya bin Ayyub, dan ia dho’if. Imam Ahmad dan Yahya bin Ma’in telah
mengingkari penambahan “mu’awwidzatain”.” (Al Mughni, 1/831)
Syaikh
Syu’aib Al Arnauth mengatakan,
تعليق شعيب الأرنؤوط : صحيح لغيره
دون قوله : والمعوذتين وهذا إسناد ضعيف عبد العزيز بن جريج لا يتابع في حديثه
“Hadits ini shahih kecuali pada perkataan “al mu’awwidzatain”,
ini sanadnya dho’if karena ‘Abdul ‘Aziz bin Juraij tidak diikuti dalam
haditsnya.” (Tahqiq Musnad Al Imam Ahmad bin Hambal, 6/227)
Jadi yang
tepat dalam masalah ini, bacaan untuk solat witir adalah rakaat pertama dengan
surah Al A’laa, rakaat kedua dengan surah Al Kafirun dan rakaat ketiga dengan
surah Al Ikhlas (tanpa mu’awwidzatain).
Namun
bacaan ketika witir ini sebaiknya tidak rutin dibaca, sebaiknya diselingi
dengan berganti membaca surat lainnya. Syeikh ‘Abdullah Al Jibrin rahimahullahmengatakan,
والظاهر أنه يكثر من قراءتها، ولا
يداوم عليها فينبغي قراءة غيرها أحياناً حتى لا يعتقد العامة وجوب القراءة بها
“Yang nampak dari hadits yang ada, hendaklah bacaan tersebut
seringkali saja dibaca, namun tidak terus-terusan. Sudah seharusnya seseorang
membaca surat yang lain ketika itu agar orang awam tidak salah faham,
ditakutkan mereka malah menganggapnya sebagai perkara yang wajib.” (Fatawa
Syaikh Ibnu Jibrin, 24/43)
Kelapan: dibaca
ketika mengerjakan solat Maghrib (solat wajib) pada malam jumaat.
Surah Al
Kafirun dibaca pada rakaat pertama setelah membaca Al Fatihah, sedangkan surah Al
Ikhlas dibaca pada rakaat kedua.
Daripada
Jabir bin Samroh, beliau mengatakan,
كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه
وسلم يَقْرَأُ فِي صَلاَةِ المَغْرِبِ لَيْلَةَ الجُمُعَةِ : ( قَلْ يَا أَيُّهَا
الكَافِرُوْنَ ) وَ ( قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa ketika solat
maghrib pada malam Jumaat membaca Qul yaa ayyuhal kafirun’ dan ‘Qul ‘ huwallahu
ahad’. ”
(Syeikh
Al Albani dalam Takhrij Misykatul Mashobih (812) mengatakan bahawa sanad hadits
ini shahih)
Kesembilan:
ketika solat dua rakaat di belakang makam Ibrahim setelah thawaf.
Dalam
hadits Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu yang amat
panjang disebutkan,
فجعل المقام بينه وبين البيت [
فصلى ركعتين : هق حم ] فكان يقرأ في الركعتين : ( قل هو الله أحد ) و ( قل يا أيها
الكافرون ) ( وفي رواية : ( قل يا أيها الكافرون ) و ( قل هو الله أحد )
“Lantas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjadikan maqom
Ibrahim antara dirinya dan Kaabah, lalu beliau laksanakan solat dua rakaat.
Dalam dua rakaat tersebut, beliau membaca Qulhuwallahu ahad (surat Al Ikhlas)
dan Qul yaa-ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun). Dalam riwayat yang lain
dikatakan, beliau membaca Qul yaa-ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun) dan
Qulhuwallahu ahad (surat Al Ikhlas).” (Disebutkan oleh Syeikh Al Albani
dalam Hajjatun Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, hal. 56)
Semoga
sajian ini bermanfaat dan boleh diamalkan. Alhmadulillahilladzi bi
ni’matihi tatimmush sholihaat. Wa shallallahu ’ala nabiyyina Muhammad wa ’ala
alihi wa shohbihi wa sallam.
Disempurnakan di Panggang-GK, 8 Rajab
1431 H
Artikel www.rumaysho.com
Muhammad Abduh Tuasikal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan